Thursday, January 29, 2015

university life

Is watching kuch2 hota hai.
aaahhh.. university life.
so much memories.
i would live it again.
Minus all the test and labs and all the academic stuffs.

But the life there.
the energy which i had.
the life that i pass tru everyday.
fuhhhh...

I love my university life.
now that im not a student anymore

Wednesday, January 28, 2015

tenaga perempuan pregnant

Tenaga sekarang up and down sgt.
one min aku akan rasa sihat and another rasa nak pengsan dengan perasaan loya dan muntah.

And aku tak boleh makan carbo.tisk3!!!
Dah tu aku nk makan apa???? Waaaaaa
tapi aku hadap jugak. Dah lapar weh.
tapi siap sedialah...lepas makan akan muntah.
kalau xmuntah keluar pening kepala..

Ni pun rasa cam nak makan sizzling.
pastu konfem muntahlah.
tapi apa nak buat.

Harini dah settle beli makanan bekal di korea.
brahims nasi beriyani kambing dua. Satu rm15.90
pastu canned kari ayam with potatoes. Rm 5.90
kari daging with potatoea rm6.90
harga lebih kurang. Nak ingat betul2 rasa tak larat pulak.

lagi belilah meggi. Tuna spread. Choc. Milo 3 in 1. Nescafe 3 in 1. Campbells soups yg instant tu dan chocolate.

Makanan sajo da rm150. Untuk dua orang. Nak pergi 9 hari. Musim sejuk pulak tu. Konfem tekak mintak makan je..kotla sana payah pulak nk jumpa makanan halal malam2 buta.


Tuesday, January 27, 2015

plan ke korea

Okay.harini 27 hb jan 2015.
esok aku ade first appointment utk buat buku pink.
lebih kurang 9 weeks dah my baby..

So lepas settle hal baby. Maknanya aku ade dlm 4 hari lagi utk settle hal melancong ke korea.

Sebab flight 3 feb kol 8 pagi. cek in 2 jam sebelom. Jadi kenalah pegi kl awal sehari. Tapi belum decide lagi nk fly or just drive ke kl. 9 hari nak tinggal kete. Balik pulak kena drive jauh. Xsanggup iollssss...

So harini aku dah terajin nak google2 pasal apa yang perlu aku tau. Since aku xsehat je before this. Tengok tulisan korea je aku jebik cenggitu je.

apa research dan preparation yang aku dah buat:

1. Aku da tempah bilik for first 4 days since sebulan or 2 bulan lepas kot. Tempah bilik di dongdaemun. Sebab dekat dengan dongdaemun market n bandar. Saje aku tempah for the first 4 days je supaya bila sampai ade tempat nak dituju bile sampai. And for the remaining days tu aku kena tengok bajetla berapa. yg ni aku tempah kat kimchee guesthouse. Utk 4 hari 3 malam kw124000. So around plus minus rm105 per night utk dua orang. kalau korang ba kpacking dengan membe2 bolehla ambik bilik yang bunk beds. Tapi aku laki bini xkan nk tido bunk beds. Nanti muncung ajo suamiku itu.hehehehe

2. Makanan.

Awal2 dulu aku plan dengan husband nak bawak duit je. Nnt makanjela pape kat sana. Pastu kedai kena banjir la pulak. nak guna duit buat renovate kedaila ape la. Terpaksala aku jadi bini mithali plan kan pasal makanan. So aku memang aim nak bawak lauk2 je sebab berdasarkan apa yang aku google kat sana senang nak dapat nasik segera. Jadi aku pun plan nk suruh mother in law masak sambal ikan bilis and rendang daging  sebab MIL aku masak sodappp negeri sembilan style...hehehehe..

Tak dilupakan. Aku nk bawak brahim nasik beriyani segera tu. Manalah tahu dah kat sana. Duit pulak kurang. Atleast aku boleh bagi kebahagiaan dari segi makanan kat suamiku..heheheh.

3.outfit.

Since we will be going during harsh winter. Aku dah siap2 beli winter coat for me and husband dari china sejurus lepas book tiket bulan november aritu. Serius memang jimat sebab winter coat aku yang lawa tu hrga rm50 je uolls. Pastu macam2 lagilah aku beli. Long johns for both of us. Bukan yang biasa tu tapi yang siap ada bulu2 bahagian dalam tu. Pastu glove kulit untuk husband. dua pasang kasut winter utk aku. Jacket aku dan suami. Macam2 lagilah. Total around rm500 je uolls

Bersyukur sangat sebab beli dari china sebab aku survey glove di kota bharu ni satu glove winter tu sepasang paling murah aku jumpe rm35. Tu yang buruk gile okay.. so sekarang ni aku hold sume beli kat korea je mana yg xckup. Beli basic2 je kat sini. Kalau tau harga kat sini mcm cissss mahal. Dengan stokin pon aku order dari china.

4. Luggage.

husband aku je beli luggage 20kg. Aku plan nak bawak cabin bag sorang satu and satu beg sederhana. Nak isi baju dan keperluan utk 9 hari untuk 2 orang. Pandai2la bagi muat..hohoho. tapi aku dah ade second thoughts sbb baca kat blog. Die punye rail station banyak tangga. Kesian hubs nak kena ngangkat beg byk2. Jadi mungkin from airport aku ambik bas jelah sampai ke guest house. Sorang kw10000. Around rm30 jugaklah. But i guess berbaloila sebab xpayah sesat bagai kan... dahlah penat dengan flight 6 jam lagi kan.

Tu jelah kot apa yang aku prepare. About tempat2 yang nak dilawat tu aku mintak tolong one of my utp mates yang dah biasa ke korea. Dia yang tolong buat itenary utk weolls. Hehehe. Insya allah semua akan okay. Aku plan nak easy je dgn my husband. Since mengandung ni semua xbole buat. Hancur luluh plan aku nk ice kating la snow boardingla. Amusement parklah. Semua plan kena slashhhhg...zaaasssss...

Tapi mungkin aku akan pergi jugak ice kating i dont careeee!!!! Hahahagah




Monday, January 26, 2015

marathon

Aku sedang marathon menghabiskan
the moon that embraces the sun.

Dan aku masih seperti dulu.
menangis kerana sebuah cerita rekaan.

kadang2 aku rasa media overrated love.
sometime aku rasa maybe aku je yang tak begitu.
mungkin orang lain semua begitu.

Dalam kehidupan aku sekarang.
aku jarang menangis.
mungkin 3 kali setahun.

Tapi bile tengok cerita ni.
macam aku lah pulak heroin die.
perempuan. Apa kau expect?
Menangis tu melegakan.

Tapi sebenarnya tak elok untuk baby.
aku xboleh emosi sangat.
kena always happy.
nanti keluar anak. Suke menangis.

Saturday, January 24, 2015

baju baby

Dulu..kalau tengok baju baby..
mesti rasa bileeelah agaknya aku bole merasa pilih baju baby..

Now bile tgk baju baby yang kiut miut tu..

Terus cakap kat hubby.

Bie. Baju cenggini je harga rm25.
Padahal kecik je baju.
banyaknya belanja.
tapi my baby. Walau perlu bayar sejuta.
mommy sanggup.
walau perlu lalui labor yg mommy takut.
mommy sanggup.

Tadi dgr ceramah ustaz kazim.
cite pasal mati. Sape  tak takut.??
Aku takut..
tapi ustaz ade cakap something yang buat aku rasa ummmmnm...

Hanya melalui mati aku dapat berjumpa dengan tuhanku. Maka aku tunggu saat itu.
insya Allah.

Ya Allah sayangilah aku dan orang2 yang aku sayangi.
jadikan kami hambamu yang mampu mengecap syurgamu.

harga emas

Baru awal january 2015.
tapi harga emas dah naik giler2.

Hujung tahun lepas. Rate harga poh kong kbmall rm145-rm150 se gram.

Now da mencecah rm170 segram.

Masa kejatuhan harga minyak pada hujung tahun lepas. Aku dah agak benda ni akan berlaku. Sebab ditambah dengan kejatuhan nilai ringgit.

Maknanya harga emas akan naik.
aku siap gaduh dengan my husband sebab nak beli dinar.

Sekarang aku dengan bangganya tunjuk harga emas semasa dekat husband aku.
tulah. Selalu je taknak dengar cakap aku. Padahal aku fikir utk kebaikan je semua.huhuhuhu

Kalau tak mampu simpan banyak simpanlah sikit. Itulah pengajarannya. Haga

Sunday, January 18, 2015

stupid things

Sometimes..
we do stupid things. Not because we are stupid.
but we choose to let go of the right things.

One point of my life.
i used to make all the mistakes i can think of.
i knew they were wrong.
buy i chose to do it.
to just let go of all the right things

Sunday, January 4, 2015

strange

Strangely enuf.
your pregnancy is calculated from yhe first day of your last period.

Why? Because doc cant pin point when exactly the ovum and sperm meets. So....

Im six weeks now. Another six weeks before our official announcement.

And i look like im 12 weeks.
and i whine like im 12 weeks.

But.
Im going to face what i fear the most.
labor.