Friday, November 19, 2021

Sifat sayang.

Sayang itu memberi..

bukan meminta.

Kalau kita sayangkan seseorang, 

kita akan rasa nak bagi. bagi.

bukan minta. minta.

Thursday, November 18, 2021

Awak milik siapa?

Bila kita berkahwin, wanita itu dimiliki oleh suami.

Tetapi suami itu bukan milik kita. 

Jadi, bila-bila masa dia boleh berkahwin lain.

Apa yang Allah bagi kepada kita, adalah untuk menarik kita kepada Allah.
Allah cemburu kalau kita terlalu sayang pada orang/benda lain.

Adil ni tak perlu tunggu kahwin dua.
Kahwin sorang pun kalau tak adil, berdosa.
Adil tu bukan sama rata.
Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.




Wednesday, November 17, 2021

Kerja rumah bukan tugas isteri?

Kerja rumah seperti basuh baju atau memasak bukanlah tugas isteri.

isteri hanya wajib menunaikan hak suami seperti yang Islam ajar dan salah satu hak suami yang perlu isteri tunaikan adalah kewajipan untuk dengar arahan dari suami.

contoh kalau suami kata " basuh baju. masak nasi" 

maka memasak dan basuh baju tu dah jadi kewajipan si isteri. kalau si isteri tak buat? maka berdosa.

tetapi...

setiap suruhan suami yang bukan hak, suami kena bagi upah kepada isteri.

Islam itu adil dan fitrah.

seorang isteri yang mengenal hakikat isteri mesti akan rasa perasaan ingin berbakti kepada suami.

kerana itu juga dalam syurga perempuan tidak dijanjikan dengan bidadara,

kerana fitrah seorang perempuan adalah berbakti kepada suaminya. 💗