Sunday, December 1, 2019

1 December 2019

setelah sekian lama..
sedikit update kehidupan seorang amalina.

alhamdulillah, 
satu family dah selesai settle down di KL.
im working in KL now.
Living in KL.
alhamdulillah..
so happy with where i am now.

kerja sebagai apa?
im not ready to reveal yet.
tapi still dalam company oil and gas.
sebab belum dapat confirm.
esok lusa cukup 3bulan probation.

doakan sis ya.
semoga dapat confirm.
insya llah, lepas ni sis boleh bercerita 
pasal pekerjaan sis pulak.

for time being,
kalau terjumpa sis di KL,
jangan terkejut okay..
hahahhaa



Tuesday, July 23, 2019

kenapa cinta?

aku: kenapa zainuddin sayang Hayati sampai mcamtu sekali?
        takde sebab apa-apa pun.tiba-tiba sayang sangat. just because Hayati tu cantik???

aku bertanya pada suamiku.

50% serius. 50% menduga.

him: Pada siapa kita cinta bukan terserah pada kita.
        Allah yang beri perasaan itu jatuh pada siapa.

terdiam aku sendiri.

Allah pilih dengan siapa kita berjalan bersama.
Allah pilih pada siapa kita jatuh cinta.
Allah pilih...

terbawa aku pada hari dulu..
hanya dengan perkataan.
dia ibarat membaca hatiku.
menyebut apa yang ingin aku dengari.

engineers
accountants

tak bisa membuat aku jatuh seperti seorang ahli musik.


Sunday, June 16, 2019

kapal van der wijck


kisah cinta hayati dan zainuddin terasa begitu dekat,
aku menangis bersamanya..
luka cintanya turut ku rasakan.

ayat-ayat yang menghiris hatiku
dan aku jatuh, masuk ke dalam cerita.

rekaan atau realiti.
terasa nyata dalam mata dan hatiku.

kadang-kadang aku berharap aku juga mampu mencintai sekuat dan sedalam itu.
tapi aku takut aku tak sekuat dia untuk kembali bangkit apabila jatuh kerana cinta.

biarlah aku,
mencintai seadanya,
kerana aku sangat lemah,
tak mampu bangun kali kedua
andai aku tenggelam lagi
dalam cinta.

wahai suami.
semoga Allah bagi kita masa di syurga
agar ketika itu aku mampu mencinta
melebihi apa yang kita ada sekarang..

cinta kan selalu abadi
walau takdir tak pasti
kau kan selalu di hati
cinta matiku..

Thursday, May 16, 2019

Ramadhan 2019


salam semua followers sis samada yang follow blog sis ataupun yang bukak blog sis jarang-jarang.. terima kasih sebab sudi luang masa untuk baca blog peribadi sis ni.
so most of you girls and guys yang baca my blog adalah org yang personally know me kan..
sebab i share so much private things here.

just as tempat luahan perasaan gembira, sedih, kecewa dan update 
kehidupan seharian je...hehehe

so tahun ni macam tahun2 lepas.
tahun ke 6 berpuasa sebagai isteri dan masih lagi kena bangun masak sahur 
hari-hari. yes hari -hari..
hiuhiuhiu

kepada semua yang kenal diri sis ni, sis ucapkan selamat menjalan ibadah puasa pada tahun ni..
walaupun mcam agak terlambat tapi belum terlewat untuk sis 
pesan.. di bulan Ramadhan ni selalunya Allah turunkan ujian buat kita.

bersabarlah dalam menghadapi ujian tersebut.
insya Allah buah kesabaran sangat manis.
ingatlah bahawa ujian itu adalah salah satu cara Allah menyayangi kita.

samada untuk mengangkat darjat kita
atau untuk menjentik kita supaya kita kembali ke jalan yang benar..

takde satu benda pun yang Allah jadikan sia-sia.
jadi bersabarlah dan percaya kepada Allah.
Bersangka baik dengan Allah.
kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya

ketika masalahmu sebesar lautan.
rahmat Allah seluas alam.

with Love,
Amalina Abdullah Salleh

Wednesday, November 28, 2018

simple tips to travel to Seoul for muslim;


simple tips to travel to Seoul for muslim;

1. download apps for qiblat. tiada surau di incheon airport. just find tempat yg agak tersembunyi untuk solat.

2. bawa botol kosong untuk ke tandas.

3. download apps kakao metro untuk penggunaan subway. ada tunjuk sekali cas.

4. Guna t-card for travel sebab tak perlu beli tiket each time nak gi mana2 just tap. lagipun gun t-money harga ade diskaun

5. bawa botol spray untuk memudahkan ambil wuduk.

6. stay di hostel yang berdekatan dengan stesen subway untuk menjimatkan kos transportation

7. susun itinerary supaya dapat solat di tempat yang menyediakan kemudahan surau seperti di nami island dan korean folk village

8. bawa mkanan halal dari Malaysia sebagai bekal in case tak jumpa kedai halal boleh isi perut before ke restaurant halal


Tuesday, November 27, 2018

Budget dan itinerary Seoul 4days 3 nights

budget and itinerary seoul nov 2018

flight tix: RM 1690 for 2 pax
flight kb-kl-kb: RM 480 for 2 pax
hostel: RM 332 for 3 nights for 2 pax

naik airasia je okay sebab tix murah


Tak ambik luggage pun. hand carry just 7kg.


Tempat menarik dan aktiviti;

Day 1:
1. Dongdaemun Design Plaza : FREE



Day 2:
1. Namsan tower: FREE sebab tak naik sampai atas.
2. Korean Folk Village: RM38 per pax. ( tempah di website KLOOK)
                                       Harga asal: 18 000 won per pax / RM68 per pax

Korean Folk Village


Day 3:
1. Nami island: 13 000 won per pax/ RM 49 per pax
2. Ewha women's University: FREE entrance
3. Namdaemun Market: tempat shopping souvenir

Nami Island

Day 4:
1. One day hanbok: 18 000 won per pax/ RM 68 per pax
2. Gyeongbokgung Palace: FREE sebab pakai Hanbok

one day hanbok

one day hanbok


total for tickets: RM 310 for 2 pax

Makanan Halal:
- kami bawak roti and maggi dari Malaysia so breakfast dengan roti and malam selalunya makan maggi sahaja. we only have proper meal for lunch at halal restaurants

1. Honamjib ikan bakar dan sotong pedas: 17 000 won/ RM 65 for 2 pax
2. Korean folk village kedai makan Terrace Green: 16 000 won/ RM 60 for 2 pax
3. Nami island restaurant Asian cuisine: 26 000 won/ RM 98 for 2 pax
4. Lotteria di airport: 10 000 won/ RM 38 for 2 pax

total for foods: RM 261 for 2 pax

T-money for transportation: 70 000 won/ RM 265 for 2 pax

total;
Flight tix: RM 2170 per 2 pax
Hotel: RM 332 for 2 pax
Transportation: Rm 265 for 2 pax
Makan: RM 261 for 2pax

Grand total: Rm 3028 for 2 pax tak termasuk cas-cas perkhidmatan lain dan duit shopping

Sunday, November 11, 2018

persoalan yang tidak jawab


Bila kita berhadapan dengan kematian
Lantas kehidupan menjadi satu persoalan
Hakikat kewujudan menjadi satu teka teki.

Kehidupan yang kita ingini
menjadi puing-puing yang tidak berharga
umpama dahulunya harta
sekarang menjadi sampah yang tidak bernilai

mencari nilai kehidupan,
dalam sebuah perhubungan
tetapi rasa masih belum cukup.

mencari nilai kehidupan,
dalam sebuah kekeluargaan
tetapi tetap rasa masih belum terdefinisi

mencari nilai kehidupan,
dalam kehidupan aku sendiri
terasa sangat kosong.

bila kita berhadapan dengan kematian
hakikat kehidupan akan menjadi persoalan.
soalan-soalan yang mungkin selamanya takkan ada jawapan
dari aku sendiri
atau dari orang sekelilingku.