Wednesday, October 14, 2020

you. Being you.

The more i see you.

the more i know i wanted you.

the way you carry your guitar.

the way you play it, i saw from afar.

and when we see each other,

a void between us. making me froze.

i cant show you how i really feel.

i cant say how you make me feel.

i just know that you are special.

even if one day you are not mine.

now, you are. and i value that.

Friday, June 19, 2020

Sweet jarang-jarang takpe kot. 🤣

I asked my husband about his ex gf.
I think i can process that well.
Hehehehe.

I guess im a bit weird in that sense.
My curiosity is over the roof.
😁😁😁



He treats me well.
Tak pernahla sepanjang aku kahwin 7tahun ni sakit hati dengan dia pasal perempuan lain.
Di tahu jaga batas dan jaga perasaan isteri.
Walaupun aku bersikap open dengan dia, tetapi dia always letak aku dulu sebelum perasaan orang lain.

Setiap kali aku down, dia lah yang akan pick me up.
Ayat dia yang aku syahdu sampai harini..
“Amal jangan bimbang. Ajay ada. Ajay akan jaga Amal.”

Seluruh kerisauan aku pasal dunia hilang macamtu je..

Setiap kali aku buat apa2 n nampak stress sikit dia akan terus cakap, sayang, berhentilah keje. Bie boleh tanggung kita.. aku pulak macam biasa. Keras kepala abadi..

Awak, biar saya capai apa saya nak dulu. Sampai masa awak ajak saya pergi hujung dunia, semua saya akan tinggalkan hanya untuk bersama dengan awak je..

Takde orang baca pun blog ni so biarlan aku nak sweet2 sikit. Hahahahaha.


Thursday, May 28, 2020

Effort


Thank you for making this year a memorable one
♥️♥️♥️

Wednesday, May 27, 2020

31

I finally turn 31years old this year.
Terlupa yang aku dah tua.
Kadang-kadang masih rasa yang diri ini
Baru duapuluhan.
Banyak berbeza.
Daripada aku yang dulu.
Tetapi banyak jugak yang masih
Kekal sebagaimana aku dahulu.

Hidup cuma persinggahan gais.
Aku dah tua.
Nak mati aku takut.
Nak hidup semangat aku bagaikan hilang.
Bertahan demi keluarga.
Aku tak mampu mati
Dengan mengecewakan mereka.


Pernah tak korang rasa. 
Aku sepatutnya jadi orang yang berjaya.
Yang kurus.
Yang kaya.
Yang hebat.
But here i am.
Kecewa dan mengecewakan.

Selamat hari lahir yang ke-31 amalina!

Sunday, December 1, 2019

1 December 2019

setelah sekian lama..
sedikit update kehidupan seorang amalina.

alhamdulillah, 
satu family dah selesai settle down di KL.
im working in KL now.
Living in KL.
alhamdulillah..
so happy with where i am now.

kerja sebagai apa?
im not ready to reveal yet.
tapi still dalam company oil and gas.
sebab belum dapat confirm.
esok lusa cukup 3bulan probation.

doakan sis ya.
semoga dapat confirm.
insya llah, lepas ni sis boleh bercerita 
pasal pekerjaan sis pulak.

for time being,
kalau terjumpa sis di KL,
jangan terkejut okay..
hahahhaa



Tuesday, July 23, 2019

kenapa cinta?

aku: kenapa zainuddin sayang Hayati sampai mcamtu sekali?
        takde sebab apa-apa pun.tiba-tiba sayang sangat. just because Hayati tu cantik???

aku bertanya pada suamiku.

50% serius. 50% menduga.

him: Pada siapa kita cinta bukan terserah pada kita.
        Allah yang beri perasaan itu jatuh pada siapa.

terdiam aku sendiri.

Allah pilih dengan siapa kita berjalan bersama.
Allah pilih pada siapa kita jatuh cinta.
Allah pilih...

terbawa aku pada hari dulu..
hanya dengan perkataan.
dia ibarat membaca hatiku.
menyebut apa yang ingin aku dengari.

engineers
accountants

tak bisa membuat aku jatuh seperti seorang ahli musik.


Sunday, June 16, 2019

kapal van der wijck


kisah cinta hayati dan zainuddin terasa begitu dekat,
aku menangis bersamanya..
luka cintanya turut ku rasakan.

ayat-ayat yang menghiris hatiku
dan aku jatuh, masuk ke dalam cerita.

rekaan atau realiti.
terasa nyata dalam mata dan hatiku.

kadang-kadang aku berharap aku juga mampu mencintai sekuat dan sedalam itu.
tapi aku takut aku tak sekuat dia untuk kembali bangkit apabila jatuh kerana cinta.

biarlah aku,
mencintai seadanya,
kerana aku sangat lemah,
tak mampu bangun kali kedua
andai aku tenggelam lagi
dalam cinta.

wahai suami.
semoga Allah bagi kita masa di syurga
agar ketika itu aku mampu mencinta
melebihi apa yang kita ada sekarang..

cinta kan selalu abadi
walau takdir tak pasti
kau kan selalu di hati
cinta matiku..