Friday, December 14, 2012

Calm

di akhir doa, saya minta Allah berikan ketenangan hati buat diri ini dan orang-orang sekeliling.

semoga ketenangan ini akan terus berada bersama saya.. akan terus dinikmati oleh orang-orang yang saya sayang.. :)

kadang-kadang kita bimbang, adakah pilihan kita adalah pilihan yang baik. kadang-kadang keyakinan kita seakan hilang. kita bimbang pilihan kita itu akan melukakan kita.

perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. dan juga sebaliknya. jadi, pasangan kita adalah pantulan diri kita. elok diri kita, insya Allah..eloklah pasangan kita.

terima kasih kerana mengingatkan..terima kasih kerana bersabar dengan seorang amalina.

"semoga aku mampu menenangkan perasaan mu sepertimana tenangnya aku dengan mendengar suaramu"

No comments: