Wednesday, November 27, 2013

seyf amalin, what a beautiful name..

Salam semua.. i have been silent for a long time..
Sebab xde loptop.. dan asyik nk post tapi failed je bile nk post guna phone ni.. sigh

So, today im in kl. Have been in kl for soo many times since last time.. kerja..

Tapi kali ni, i came here to get a few stuff for my own shop.. finally...

Finally i will be opening my own shop at kbmall.. even just a push cart..

Alhamdulillah..

Will be naming it seyf amalin fabric and stone.. hah, suketi haku jer nak bagi namee..

 Well sebenarnya, kedai ni adalah hantaran suami untuk saya yang terpaksa di delaykan atas sebab sebab tertentu..

To be general, lepas kawen, money can be an issue, but alhamdulillah.. with god's help.. anything is possible dear..

Last, i hope u guys will support seyf amalin... till next time guys...

Assalamualaikum..

Wednesday, October 9, 2013

Glitter Shawl murah

glitter shawl bt SeyfAmalina






price is rm30 including postage.. for more photos and info..

Glitter Shawl by SeyfAmalina

to order, just PM 014-3383786

Monday, September 23, 2013

missing UTP

malam ini aku rindu UTP dan segala isi-nya...

never knew that the isolated place will meant this much to me..

i miss u chanc hall
i miss u block 14, block 22, block 23
i miss u library
i miss u cafe v5
i miss u room
i miss u futsal court
i miss u lecture hall
i miss u pocket D
i miss the air, i miss the people, i miss the environment
i miss ipoh
i miss the cinema
i miss the places around ipoh, lumut,

a place where memories were made
and not to forget,
a place where secrets, my secrets were left..



Saturday, September 21, 2013

whats new?

im at home....
sakit perut..senggugut bak hang..
sejak kawen ni memang sakit die jadi double triple quadraple...
jadi, sape2 yg rasa nak kawen tu, silalah teru speknent selepas kawen so that tak rasa sakitnya senggugut ini ponnn..

erm...
sebenarnya pelamin aku tu da ada orang tempah...
dan aku punye neves nak buat keje rumah orang memang ada..
kadang2 fikir pasal what to do
how to do it kat rumah orang,
sampai xleh nak tido..

apa-apa pun, i need to embrace this challenge
sampai bile nak berkarya untuk diri sendiri je kan
tibe masa untuk aku step out and show the world that im a crafter
hahahaha..show the world yg tak tahan tu

insya Allah, i will do my very best untuk pelamin rumah adik husna nanti..
;)

dan,dan,dan
after many many many years of wanting to go to sunway lagoon
akhirnya, alhamdulillah my husband brought me there.
mesti korang cakap, eh kampung gile die ni g sunway pun nk cakap..

tapi kan, aku punya nak pegi san tu memang da lama sangat keinginan tu
tapi tahun ni baru dapat..
memang tawaf habisla masa pergi tu
tapi belum berani nak bungee jump.
bajet sangat kan nk buat aktiviti ekstrem bagai sebelum preggy

paling ekstrem aku buatpun cuma naik kapal yang turn 360 degree tu

btw, husband is takut tinggi...
hehehehehehe.. ;p

next plan?

nak pegi honeymoon, husband is busy busy busy
tapi jadi wife kena sabar sabar sabar
pergi kl 2x sebulan consider honeymoonlahhh

then aku really really nak anak kembar
like soooooo nak anak kembar

so my plan would be..lepas da habis senggugut bagai ni
nak pegi jumpe doc..
nak ambil ubat hormon..
nak suruh subur lebih sikit..
up kan percentage of possibilities dapat anak kembar..
heeeeeeeeeeeeeee

nama da sedia da neh weyhhh...

seyf fadzil mohd bin mohd fadzil
saied fadzil mohd bin mohd fadzil

jadi housewife memang banyak masa untuk berangan..heeeeee


Thursday, August 29, 2013

Pakej pelamin simple

 here is a few packages for simple dais..

package 1: Vintage
deco: balck and yellow
price: start RM250 for exact design and deco







package 2: sweet love
deco: pink and purple
price: start at RM200 with exact design and deco




perfect package for those yang minat anything simple... and also jimat a few hundreds.. :)

interested? massage me at 014-3383786

Tuesday, August 13, 2013

janji manis yang telah aku lupakan

aku sebenarnya lupaaaa
mana aku dapat tenaga dulu2 untuk bersiap berjam-jam semata-mata untuk dating..

coz rite now, im at home with my pyjamas at 4pm
and my husband went to work by himself
coz im too lazy to iron my clothes and get ready yada yada yada

and i do had that promise too
yeah, the one that i will always look good for my husband no matter what
now, look at me now
on the bed
with my last nite pyjamas

damn!

Monday, August 12, 2013

sekarang ni kalau bagi racun pun rasa madu..

today..
raya kelima...

aku memang da lama mengidam nak makan pizza since raya ni sebab asyik mengadap rendang, lontong jeee..

semalam aku da pegi tapi beratur sampai ke luar..semua orang nak makan pizza time raya..

sooo typical -_-

jadi, harini adik aku ajak kua, pastu aku usulkan gi pizza..
goda husband sikit suruh belanja..
dengan kecantikan aku, maka husband pun setujulah nak belanja pizza..
siap bawak anak-anak sedara die sekali..hohohohoho




makan pizza pun nak kena blog jugak ke??
bisalah, awal-awal kawin ni..
kalau boleh, masuk toilet sama-sama pun nk hapdet...
tapi aku belum segila itu

btw, aku dan suami belum masuk keje lagi..
husband said he is glad that he works for himself.
im just :)

sebak, tahu?

raya tahun 2013..
sempat jumpe seorang sahaja teman lama..

sebak tahu?
rindu tahu?
zaman married tak seperti zaman single dimana kau boleh pergi ke situ ke sini sesuka  hati kau jee

suami didahulukan, hati suami diutamakan


terima kasihlah Rahim sebab snap gambar ni..
bilemasa ntah dia pegang camera.. -__

Saturday, August 10, 2013

First Eid as a wife and a homemaker

raya pertama as a wife...

beberapa perkara berubah...contohnya, malam raya aku kena iron dua helai baju...hohho..walaupun aku rasa malas, tanggungjawab tu kenalah ada since da berkahwin..

tahun ni jugak mula bagi duit raya..walaupun aku cumalah seorang homemaker/housewife, tapi aku still boleh bagi duit raya sebab aku guna duit husband..hehehehe

walaupun sikit tapi janji ade.. niat sedekah, dan boleh bahagiakan budak2. insya allah tahun depan lebih lagi..kalau first year da bagi rm5 sorang, nanti tahun depan takut tak dapat nak keep the expectations up pulak kan..hohohoho

dan tahun ni berjaya bagi duit raya kat mak walaupun guna duit husband...hohohohoh

tapi, feeling nak raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas.. baju raya pun aku tak beli baru..tapi baju2 lain husband da bagi awal2. punyalah die paksa aku beli baju raya tapi aku ni susah sikit nak beli pape..kalau harga mahal sangat aku taknak sebab aku rasa membazir. punyelah kedekut kannnn..padahal bukan guna duit aku pun...

apa-apa pun aku nak ambik kesempatan ni untuk mohon maaf kat semua orang yang telah aku buat salah..sebab aku ni hanyalah manusia biasa.. banyak menipu, banyak mengumpat.. insaflaaaa....

jadi, inilah gambar suami aku..bukan nak cakap apa lah..awal-awal kahwin dulu tak rasa pulak husband aku ni kacak.. tapi sekarang ni, makin aku tengok makin hensem pulak...hohohhoho  ;)



Tuesday, August 6, 2013

buat kawan di UTP

berada jarak jauh dengan kawan-kawan buat aku rasa sebak..
24 tahun hidup aku ni, UTP paling aku ingati dalam memori aku ni..
kadang-kadang aku bangun pagi dan teringat jalan yang aku lalui time nak g kelas..aku kan selalu sorang-sorang jadi aku ternampak diri aku berjalan sorang2 kat village 5 menuju ke kereta sebelah court futsal.

aku rindu makan di sabilah dengan kawan-kawan. sembang dan tengok bola macam tak ingat dunia.zaman remaja muda belia.

aku rindu time jogging kat tasik UTP dengan roomate yang paling aku sayang.

aku rindu makanan kat cafe yang dulu aku da muak nak makan.

aku rindu perasaan keluar kereta dan dengar bunyi gamelan dari bilik gamelan.

aku rindu jalan ke ipoh dari utp..

aku rindu jalan ke KTM batu gajah tempat aku ulang alik pukul 3 4 pagi untuk pergi kl.

semua tu memori yang berharga bagi aku
dan
di sini aku jumpa kawan-kawan yang hebat!

aku tak sangka kawan-kawan aku akan datang pada majlis perkahwinan aku sebab jauh..
tapi derang tetap jugak datang.. masa tu hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku sebab dapat tengok muka kawan-kawan pada hari yang bersejarah tu..

aku tahu aku bukan kawan yang baik tapi ikhlas dari hati aku, aku sayang kat kawan-kawan aku..
aku rindu sangat masa belajar. masa semua orang menggila. and i know god gifted me with these wonderful friends..

ada jugak few yang tak dapat datang. tapi aku faham sebab keadaan dan kedudukan yang menyebabkan mereka tak dapat datang..aku pulak da banyak berjanji dengan kawan-kawan nak keluarla apelah..tapi rupanya hidup lepas kawen ni adelah busy. dan jugak sebab kadang-kadang husband tak bagi.

sebenarnya apa aku nak cakap adalah aku rindu dekat kawan-kawan aku semua..

and i just wanna let u guys know, walau kat mana pun korang berada, kuala lumpur ke, jepun ke,kedah ke,sisi suami ke. kat tengah lautan ke. i love you guys sooo much..

mungkin kita semua tak jumpa macam dulu tapi korang tetap ada dalam ingatan dan doa harian aku..



selamat hari raya aidilfitri korang semua..
i miss u guys
and i love each and every one of u

Wednesday, July 31, 2013

of isteri pemalas,dilema nama anak dan juga suami tafff!!

husband is at the gym..

harini aku jadi isteri  yang pemalas sikit..tadi da pesan awal suruh suami makan kenyang-kenyang lepas main gym..pastu balik nanti terus bawak balik lauk untuk sahur..

sebab harini aku malas..malas masak, malas kemas rumah...sekarang aku duk depan lappy tengok movie sambil makan megi je..huhuhuhuhu

biasalah kadang-kadang malas..thats human okeyh!!

btw, few days ago aku mencari-cari nama untuk anak..dan baru aku sedar, adalah susah nak cari nama anak sebab pilih nama anak ni akan dipengaruhi oleh kawan-kawan kita..ada nama yang husband suke aku tak suke sebab bile certain nama tu disebut aku terus terbayang muka manusia yang aku kenal..hohohoho..nonononon..

dan adakah suamiku sayang bagi suggestion nama HARIZ???

i was like, Bieee....tu nama my ex-bf..

and he was like, ohhh,ehhh?? okay, takyah-takyah...

there's no way i would name my children the same name as my ex or his.. rolling eyes..

tengoklah betapa selambanya bapak korang ni anak-anak

but, i know i want just one word name.simple.and i come across these three names..

1. sa'ad
2. sa'id
3. Arsalan

okeyh, sounds soooo old school saad and said but tu nama sahabat nabi yang dijanji syurga okeyhhh..

and hubby was like nak MOHD kat depan...and dalam aku da "there goes my one word simple name" tapi mulut cakap "okeyh bie"..hipokrit sangat..hohohohohoho

nama pompuan??? nantilah dulu..nak anak kembar lelaki nak nak nak nak!! hahaha..kau ingat ni oder lauk kat dapur???




left: husband back then, masa dengan ex die dulu2 kottttt..muahahahaha..sooooo not my type kurus2 gini..tapi sebenarnya masa mula2 kenal die, die kurus macamnilah..berat 64kg je..hoh! aku pun boleh lawan berat die dengan sekelip mata jerrrr..

right: husband now..yang ni i LAIKE sangat..ni memang taste akulah biceps besar2,boleh drooling..takpe, sebab dah jadi laki..muhahahah..berat?? 71kg kauuuuu..nampak tak betapa aku masak sangat best??? tibah sangat...hahahahah

Monday, July 29, 2013

sape suruh kawen dengan orang busy?

dah xlama nak raya..huuuuuuu..
turn out that im not really a better person..sobs..

anyway, husband and i are busy as a bee..
been going here and there to work..
and not really have much time to talk to each other.. :(

walaupun hakikatnya kerja sama-sama pergi mana-mana pun sama-sama.
tetapi masa untuk just sit down to talk to each other without interruption from wassap,msg,fb and bla3 adalah tidak ada.

kadang-kadang i just wish to take his cell and throw it away so he would look at me..
that bad huh? sobsssss

i really think we need to take a break and go to perhentian..
i love perhentian..maybe i should arrange a suprise trip for us..
i think hubby would love that too..

last nite we talked about our aims and dreams otw back from work.
atleast we got something to look forward to
and yes, nampak gayanya honeymoon kena postpone lagi..

kawen lagi dengan orang busy.. T_T
but its okay..
atleast i got everyday with him... :')

with love,


Sunday, July 28, 2013

nanti kita usaha ekkk..

ye, im not pregnant yet..

my hubby was like "kecewa" on his fb status... hik3 :P

next year..1st jan 2014 kita usaha sekuatnya, insya Allah..

kah3...aku da mula da...bye!

Friday, July 26, 2013

Baby issue

i got some sugar last nite..
i guess now im thinking straight..

i will be going to KL again today..
days are getting busier..
being a housewife is a lot of work..phew..

and guess what???
last nite mak saya mimpi saya beranak..

what a coincidence..
hubby asyik pegang my tummy and say baby..
and i keep telling him that i will have my period..

kalau betulla pregnant nih...kena pegi book hospital nie...

btw, hubby is sleeping like a baby now..
i know he worries about me constantly crying and wondering
he asked me to speak and asks what i was thinking..

well, i am an emotional person..must be hard for him to understand me..


dont get me wrong..of course i want babies.. twins perhaps. but i wanna spend some time with my husband first. do bungee jumping, water rafting,roller coastering and all that stuffs before i become a mommy..

but Allah knows best..and im a Believer of Allah :')

Thursday, July 25, 2013

chat history

tiap tiap kali aku baca history chat yang lama..(too many to delete)

tiap kali tu jugak aku nanges..

Ya Allah...... :'(

takdir bawa aku sampai kesini harini..dan hanya untuk suami akulah jiwa dan raga aku pada hari ini..

ya Allah...

ya Allah..

it still hurts. im still hurt by what happened to me. i cant cry when it happened a year ago. now i guess the reality hits me. and it hits me hard..


excited

harini sahur rasa xlalu sangat..
nasik makan 3 4 suap je..
rasa mual..

husband sounds excited already..
plus im already late for my monthly period.

but, guess what?
i know im not..

bye...

wolverine..

xkan lupa sampai bile-bile..
penyebab segalanya..

wolverine..konon.. lah sangat.. :'(

Wednesday, July 24, 2013

my diy pelamin sanding

my totally 100% diy pelamin sanding..
from the curtain sampailah ke hantaran sebelah kiri tu..
i did all by myself with some help from the family of course.

and it worth every penny! :)


Monday, July 22, 2013

the hardest battle to win

salam to all..

husband went to the gym and im waiting at home for him to come back. kerang rebus dan murtabak dah bersedia menyambut kepulangan suami..heheheh

harini berbuka puasa di rumah saya..best sangat sebab boleh makan mak masak ikan siakap stim dan ikan siakap sweet sour.

a few days ago, i went to kl as i always does with my husband. the main reason was to buy barang2 untuk kedai die and saya selalu sangat ambik peluang ini untuk shopping..hehehe

tapi last week, i was on a hunt for a good tudung or two.. to make the story short, that was the first time i bought a size L tudung.. alhamdulillah. a bit of me kinda want it to be that way. after all, perhiasan ni hanyalah untuk suami.. it feels so right to do all these right things.

aku sebenarnya dalam keadaan mencari. mencari jalan yang lurus untuk aku ikut. mencuba untuk kekal dalam jalan yang lurus. masya Allah, susah... susah sebab dalam hati aku ni masih sukakan keduniaan. kadang2 tengok orang pakai tudung main style sibar-sibar je mulalah hati aku ni rasa nak ikut.


bila aku bagitahu suami aku, " bie, yang pakai tudung style sibar je bole?"

suami aku dengan tegas jawab. "yang nak tunjuk apa? pada siapa?"

aku terus terdiam..masya Allah.. masih ada lagi keinginan yang macam tu dalam diri aku. sbab tu aku rasa bersyukur sebab bila aku nak terpesong ada orang tegur. aku tak cakap yang orang pakai tudung sibar2 tu tak baik. bukan maksud aku macam tu.

apa yang aku nak bagitahu sekarang ni adalah kita semua ada perjuangan dalam diri kita sendiri. sebuah peperangan dengan diri kita sendiri. and the hardest battle to win is a battle within ourselves..


camera 360. tu yang flawless semacam je..apa-apa pun, kahwinlah atas dasar agama. bukan semata-mata dasar cinta. cinta selepas kahwin ni cinta dengan limpahan mawaddah dan rahmah dari Allah.. semoga kita semua makin dekat kepada Allah..

Allah berfirman dalam hadis Qudsi

“Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa, jika ia mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku mendatanginya dalam keadaan berlari.” (Shahih Bukhari no. 6856)

Sunday, July 21, 2013

what are different now?

salam semua..hows everyone been doing? i hope all is well taking into account that now is Ramadhan..

i have just open my old account for this blog and i just saw few of the comments regarding my wedding and i would like to thank you all for the best wishes :)

its kinda sudden, i know.. but i guess being a Kelantanese girl, i always wanted to marry at early age. and above all, its all written above. so, alhamdulillah..

there are quite a few things that i discover after marriage that i never think of..
one of them is LUST.

you know, the one you have for your partner when you were gf/bf.. yes, that one.
suprisingly after marriage, its not like that.. you'll know more after your marriage..

but its not all like i wanna kiss you all the time.. i talked to my husband about this and he totally agree with me. i know, its unbelievable.. and now i come, no WE come to a conclusion that all that ustaz has been saying about lust that is provoked by syaitan was TRUE. it was all the devil that drives us to want to do stuff we should not do..

after all, always remember that "benda haram tulah yang sedap" and we as a good muslim must MUST avoid that..

and yes, you will fight with your husband/wife..(rolling eyes) but you will come to know that all the disagreements have nothing to do with your love. its just a few differences on how you and your partner thinks. after all, you are raised differently than your partner were..

i guess thats all for now..

its frustrating that i do not get my pics yet!

ok, bye..

Sunday, June 30, 2013

first lesson learnt about marriage

salam buat semua..
semoga semua orang berada dalam keadaan tenang..

saya tak berapa tenang these past few days

i woke up in the middle of the night and cried
i cried during the dawn
and i keep thinking about so many things

i had period pain for the last three days
people says that period pain will get better after married
for the time being, its just getting worst for me
three miserable days of cramps and backpain..

only this time husband was there to rub my stomach and make me feel better
thank you sangat buat suamiku..harapnya nanti after years and years of marriage pun still macamneh okey ^_^

harini....kelantan lawan jdt
alhamdulillah, kelantan menang walaupun 1-0
perasaan bangga jadi anak kelantan ni sedang membuak-buak..kih3
kali ni tengok final dengan suami..walaupun bukan ke stadium, tapi puas hati sangat sebab boleh jerit kuat-kuat masa tengok bola.
the best part is husband tak marah saya jerit-jerit. dia xjeling or whatsoever.
he gave me the chance to just be myself tonight.. ;)

but few things changes after marriage.
yang paling obvious sekali adalah tentang cara pemakaian saya.
everytime nak keluar, mesti tanya husband dulu, MESTI
baju semua da muslimah-muslimah sangat!!!!!
xboleh pakai yang see tru, tak boleh pakai yang nampak bentuk badan...
this one time during honeymoon saya pakai baju yang nampak bentuk badan sikit je, tapi nampak beza pada cara layanan husband kepada saya..

jadi, saya cepat-cepat faham sendiri..lepas tukar baju yang elok sikit, husband terus okay dan jadi romantik balik macam selalu..hehehehe

marrying a guy who have a clothing shop, pergh!! die punye style memang beza sangat dengan saya..saya rasa outdated sangat..cuba pilih baju ni die cakap pattern lama, kena pakai pattern baru..tribal laaaa, apa laaaa..hehehehe..its a new thing for me..ape-ape pun isteri kena bahagiakan suami kan? kena ikut cakap suami kan??

today, my husband edited this picture and uploaded it on fb..

dalam hati saya bunga-bunga.. oh my!!!


gambar ni masa pergi pre-honeymoon kat cameron highland.singgah semalaman semasa odw pergi ambik barang kat kl. honeymoon betul-betul lepas raya nanti insya allah kalau takde halangan kewangan atau halangan lain..

something that i learnt from this marriage thing.first lesson i guess:

perfect marriage is not when you are not quarreling with each other. perfect is when you fight but you still kiss and make out at last...

btw, since im not feeling so good this few days, im hoping that everyone else do feels good. be happy with the ones you love..

kalaulah manusia boleh baca hati manusia yang lain....kalaulah...(watcha say..)

Tuesday, June 25, 2013

pelamin akad nikah/tunang simple

salam...

as before, husband is sleeping..kih3 :P

malam ni just nak update pasal pelamin akad nikah..

pelamin ni sngat simple sebab since i turned 23 i magically turn into someone who loves everything simple.

i DIY this pelamin and now saya nk buat pelamin ni for those yang berminat..


lebih kurang how it looks like..belakang tu ade backdrop cream with pink+purple flower

for those yang berminat boleh msg saya di 014-3383786
price starts from rm200 for exactly same design and around kota bharu..

tempat lain or bunga warna lain?? PM me for the best price..
saya buat sebab its my passion and i can help you guys to save some money instead of rm800 plus2 untuk pelamin tunang..

Friday, June 21, 2013

first post as a wife

salam....
been a while from the last update..

i became a wife for 16 days now...alhamdulillah..
cant update much coz i dont have a laptop, now im using husband's
and he dont know my blog yet ;)

its 3.25 in the morning...
and he is sleeping...hehehe


sekarang, lelaki ini dunia saya, teman saya, separuh jiwa saya dan pembawa saya ke syurga, insya allah

i love you, husband

Wednesday, June 5, 2013

two more days..

everything is ready..
I know its two more days, but im an organized person..(rolling eyes)
semuanya dengan izin Allah..

Insya Allah..

Friday, May 31, 2013

diy pelamin akad nikah part 2

salam buat semua..semoga semua orang berada dalam keadaan yang sihat dan gembira..
aku disini kurang sihat sikit namun Alhamdulillah, bahagia.. :)

harini aku dengan jayanya telah mensiapkan pelamin nikah aku..Alhamdulillah...


pelamin ni aku buat sendiri sebab tu simple je..walaupun simple tapi perfect di mata aku sebab aku buat dengan titik peluh sendiri..

dan dengan ini aku dengan rasminya membuka tempahan untuk perkhidmatan pelamin..
tetapi for the time being, perkhidmatan ini hanya untuk orang Kelantan sahaja.. pelamin bertunang, pelamin akad nikah simple..

sebarang pertanyaan bolehla email to: princessshaharryzade@gmail.com
or sms ONLY to 014-3383786

Sunday, May 26, 2013

diy bunga tangan brooch

this is the fastest diy yang aku pernah buat..

macam biasa, aku ni manusia yang suke benda lain dari yang lain..pada suatu hari yang lama dulu, aku penah google pasal bunga tangan ni pastu aku jumpa benda yang di panggil brooch hand bouquet ni..

baru-baru ni baru aku teringat balik dan aku terus decide nak buat benda ni untuk bunga tangan time aku akad nikah.. and this is my inspiration..

 
 this is gorgeous tapi aku da lupa mana aku copy gambar ni..

and kat bawah ni pulak adalah bunga tangan aku.. aku guna 5 brooch je sebab guna lima pun bunga neh da berat..




bunga ni orang panggil hygendrea..betulla kot eja camtuh.. bunga neh sangat lawa kalau yang fresh tapi of coslah aku guna bunga tiruan je..kos untuk buat benda ni adelah rm 12 sahaja.. sebab brooch tu ambik brooch lama yang da tak pakai...

brooch tu dilekatkan dawai and act as another flower dan dimasukkan di celah2 bunga tu..okaylah, simple je..i will be bringing this flower dengantangkainya yang panjang di hari pernikahanku..eceh...
nanti aku post gambar di hari kejadian..

Friday, May 24, 2013

diy pelamin nikah part1

aku ni memang seorang yang suke ubah2 keputusan. since bertunang sampailah tahap ni, da beberapa kali jugakla tema pelamin nikah aku da bertukar-tukar..nasib baiklah aku buat pelamin aku sendiri jadi suke hati je aku nak tukar bile2 masa pun. pikir sendiri, cari barang sendiri then execute..

tapi akhirnya aku memilih warna pink + purple + cream. rasa macam da berubah benar diriku ini. jadi suke sangat kaler2 pastel.. yang ni da xleh nak tukar sebab bunga aku da beli..

jadi malam ni aku mulakan menggubah untuk pelamin nikah aku ni supaya kerja aku last minute nanti hanyalah susun-susun je..

aku beli 50tangkai time 5 flowers dengan harga rm100. jadin sekuntum bunga harganya 40sen. right?
bile aku mula menggubah aku da gunakan skill jimat aku..dan i end up with lots of leftover flowers. nampaknya, makin banyakla bunga untuk pelamin nikah aku nanti and i loveeeeeeee flower full of dais...hehehehe


cara untuk jimatkan kos bunga ni senang je..
1. korang beli bunga and pasu sendiri then gubahlah sendiri.
2. korang gubah bunga 3/4 je. bahagian belakang yang 1/4 lagi korang biarkan je kosong, bukannya ade orang nak pergi tengok pun..

seyesly, kalau korang planning untuk buat pelamin sendiri, jangan kurangkan bunga.. bunga yang banyak akan buat pelamin korang nampak cantik sangat..

pasal kos pulak, nanti da full review aku akan bagitahu. tapi aku rasa xsampai rm500 pun..considering banyak barang dari bertunang yang aku da reuse..

Tuesday, May 21, 2013

pernyataan cinta

perkahwinan adalah satu pernyataan cinta..


berkahwinlah..

diy wedding bedroom deco part 1

lebih kurang 15 hari lagi sebelum aku bergelar isteri..
perasaan mula menjadi cuak sebab ada banyak jugak benda yang belum settle.
salah satu perkara yang agak penting adalah bilik pengantin.

so, malam ni aku ambil sedikit masa untuk kemaskan bilik aku yang agak bersepah dengan segala macam mak nenek barang persediaan nak kawen...

 

 gambar ni snap lepas aki keluarkan semua barang dari bilik..tinggal katil je. aku terlupa nak snap gambar sebelum start keje..tapi bagus jugak korang tak tengok bilik aku tu..rasa cam jatuh maruah sebagai seorang perempuan kalau korang tengok keadaan bilik aku yang sebenar..hahaha


gambar ni pulak setelah aku bekerja keras membanting tulang.. sebenarnya konsep hiasan aku ni adaah sesuatu yang praktikal. sebabnya aku da plan nak buat dua pelamin kat rumah. so, the bedroom ni macam restricted area untuk orang lua.

kos untuk setel bilik tido ni seperti berikut:

1. langsir 2 set.rm300
2. cadar putih xde lam gambar: rm400
3. karpet guna karpet time tunang: free
4. side table times 3: rm45
5. lampu tidur ikea: rm16
6. a set of three frames: rm24
7. full body mirror: rm100

total: rm 885 kalau korang ambik pakej hiasan bilik tidur yang lawa, harga dia dalam rm750 camtu. buat sendiri ni mahal sikit. in my case sebab beli cadar yang a bit pricey. tapi aku suka cadar tu so, abaikan harga dia. langsir pulak aku tempah tanpa survey. it costs me more than it should. membeli tanpa survey adalah satu tindakan yang salah yang akan membuat korang menyesal. at least aku nyesal. beza harga tu mampu buat aku jimat..grrrrr

aku nak buat tema classical sophisticated english themed. warna yang aku banyak guna adalah krim,hitam dan putih. so, nanti bile da 100% seperti wajah sebenar, aku akan tunjuk lagi sekali. for now, damn excited. buat sendiri neh..barang2 neh sume reusable untuk bilik sendiri nanti...big save!

Sunday, May 19, 2013

secrets

i really am not good in keeping secrets about my life.
i tend to talk about everything.
and it really bothers me if i met a secretive person.


i bet most woman love to talk about their life..
i believe im not an ordinary person.
insya Allah, i will be what i want to be
sooner or later..

im a strong willed amalina,who always got what i want.
(with Allah permission)

Friday, May 17, 2013

diy solemnization makeup part 1

merujuk tajuk di atas..mekap di hari akad nikah nanti saya akan mekap diri sendiri..

sebabnya?
1. satu sesi mekap wil cost you more than rm100. tapi sebenarnya kalau mekap sendiri kos beli barang-barang mekap tu akan exceed rm200. just that lepas ti, all the makeups, boleh simpan dan guna untuk satu jangka masa yang agak panjang.

2. sebab saya akad nikah malam lepas isya, jadi waktu untuk mekap tu dilihat orang maybe dalam 3jam je pastu terus kena sapu sebab nak tido. jadi, rasa tidak berbaloi disitu....sebab tu bajet nak mekap sendiri je. solat maghrib awal2 pastu siapkan diri sendiri.

harini da buat first try untuk mekap akad nikah.masa yang diambil adalah kurang dari sejam.
guna brand maybelline je untuk semua benda. my sis cakap perlu tebalkan sikit bedak. well, maybe i should sebab eye bag tu masih nampak. this time guna fake eyelashes yang natural. on the day maybe a lil bit more dramatic.

 
 

 gambar ni pulak adalah makeup dari professional for photoshoot. i like this look. nampak natural tapi my face shape tu da hilang kan..tapi, truthfully, saya mekap tak nampak macam mekap pun. so, im feeling a lil bit down.pasneh kena usaha lebih lagi..i think i need a more dramatic eyes..

  anyway, ni baru first try, pasneh cuba lagi sampai puas hati..wish me luck!

Thursday, May 16, 2013

twenty days to go

in 20 days, im gonna be a wife to a person whom i never know before..

baru kenal xsampai 6 bulan dah nak kawen, ini gile hoiiiii...

but, im a believer..and i believe in destiny..

so, hold my hands and take me away, husband....!!!

ecececece...aku da mula berdebar..bukan mudah nak jadi isteri ni tau??

Friday, May 10, 2013

im doing fine

assalamualaikum to all who are reading my humble blog..

perhaps u are one of my children who stumble upon this blog when googling my name. well, if u are, time being, ur dad do not know about this blog yet. frankly speaking, we are not married yet, so u are perfectly not in my life yet...errrrr.... hahahah

today, 10 may 2013..im doing fine. perfectly fine...
about 26 days to wedding days yet im not feeling excited..wonder why perasaan berdebar-debar tu belum datang lagi...i have been waiting for quite some time..

btw, baaaaaaanyak lagi benda tak buat tapi im soooo lazy to start...

but,
but,
but,

im doing fine.. :)

Tuesday, May 7, 2013

would you grow old with me?


adakah mata yang terlalu asyik menipu?
adakah perasaan ingin yang sudah berubah?

tetapi semuanya terasa seperti sangat jelas..
lelaki yang paling sempurna di alam semesta..
paling sempurna di mataku..

atau penglihatanku tanpa dibatasi kekurangan?
mungkin melampaui kesempurnaan?

namun cukupla bagiku,
hantaran darimu sekeping hati yang penuh keinginan untuk mencintai,
agar aku mampu untuk mencinta dengan sepenuh rasa sayang
agar kita berdua saling melihat sesama kita,
dengan rasa cinta yang melimpah..

dear fiance, grow old with me?
would u?

Friday, May 3, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah...
hati ini rasa seronok apabila dapat lihat keseronokan dan kebahagiaan encik tunang setelah impiannya untuk membuka sebuah shop lot tercapai..

saya tidak mempunyai kredit untuk kejayaan beliau ini. ini semua adalah hasil titik peluh beliau sendiri setelah sekian lama..

saya cuma berada di sisi dan bahagia untuk beliau.. semoga beliau terus berjaya dan mampu mencapai impian beliau yang lain..saya sentiasa mendoakan kebahagiaan encik tunang...

esok, bakal ayah mertua dan emak mertua akan sampai di KB untuk mengundi.. semoga dapat bertemu untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada ini..

 
green galaxy fashionista
 
korang yang ada kat kota bharu, silalah jemput ke kedai tunang saya ek.. kat KB mall..

Wednesday, May 1, 2013

hari buruh 2013

1 mei 2013.. hari pekerja...tahun pertama aku menyambut hari pekerja... tetapi tahun pertama ini juga aku menyambutnya sebagai seorang penganggur. i already resign from my last position in al-ikhsan. and now im officially a trainee housewife ;p

aku suka bulan mei sebab bulan ni birthday aku. tapi tahun ni, aku yakin yang tunang aku takkan ingat birthday aku sebab aku rasa dia tak tahu pun bila birthday aku..rasanyalah kan..tapi kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku tahun ini.. tahun-tahun yang lepas, kita lupakanlah..

tapi last year, pukul 12 tgh malam bday aku, aku berada kat lab robocon tengah struggle siapkan final year project aku..

hari terakhir bekerja, jadual kehidupan aku tersangatlah pack. in fact, i just came back from kbmall sebab tolong tunang aku siapkan last touch up kedai dia. bukan last touch up sangatla sebab semua benda pun dia nak touch up..hehehehe



aku ni tersangatlah grumpy..cepat sangat naik angin tapi tunang aku ni cakap elok je dengan aku..rasa bersalah pun ada jugak..orang layan kita elok2, kita still lagi nk muncung, nak merajuk..orang perempuan ni susah sangat nak difahami..

hari ni aku maak spagetti untuk kawan tempat kerja. tetapi, tunang aku tak pernah lagi rasa aku masak spagetti. jadi, aku rasa macam agak kurang hajau kalau aku masak and bagi kawan-kawan aku makan sedangkan tunang aku belum rasa pun lagi masakan aku tu.

jadi, pagi tadi aku bangun awal dan bungkuskan sikit untuk encik tunang. siap drive bawak bekal pegi rumah dia pukul 9.30 pagi tadi...sweet tak? sweet tak? aku tau aku memang sweet..hehehehe



semua gambar nak senget..pandai2la korang sengetkan kepala ye..huhuhu

Monday, April 29, 2013

tapi bukan aku..

manusia ni memang susah sangat nak menghargai permata depan mata..masih lagi nak cari kaca-kaca yang hanya akan melukakan. aku bukan nak cakap orang. malah aku nak bagitau diri aku sendiri macam tu lah..

jadi sebelum aku buang permata yang berharga yang aku ada, baiklah aku cepat2 sedar diri. sesiapa yang da sakitkan hati aku dan buat aku nanges sampai bengkak mata dan bengkak hati aku boleh blah dari hidup aku dan pergi sakitkan hati orang lain selain aku. there's a reason u dont make it in my life now. perhaps, more than a reason..

carilah orang yang boleh membahagiakan kau dan yang paling penting orang yang kau boleh bahagiakan, tapi bukan aku..aku doakan kau akan jumpa perempuan yang mampu buat kau jadi seorang lelaki hebat..

aku sudah jumpa adamku, yang jauh terlebih baik untuk diriku...

Tuesday, April 23, 2013

tibe-tibe salah pulak?

selama beberapa bulan aku bawak kete jalan yang sama, dengan hadlaju yang sama.
xde orang cakap ape pun.

tetibe malam ni korang nak sumpah seranah aku bawak laju pulak.
dah korang pelahap sangat nk pasang bendera malam2 buta kat tengah jalan tu apehal pulak?
ada membantu parti korang menang ke pun?
membazir kan duit je..orang miskin ramai lagi yang berlapar..

dua-dua sama je..pas ke bn ke.. buat keje bodo...

a little splurge for a very tired soul

got a new stuff for myself. ;)


i forgot how it feels to shop for myself..
i guess im a very responsible person now.. rolling eyes..

Monday, April 22, 2013

baju nikah siap! heeee

baju nikah dah siap..wah, straight to the point gitu..hik3..

baju nikah memang da beli yang sedia siap. pastu mak pergi tambah manik2 bagai..

harini proses penambahan manik telah pun selesai dibuat oleh kawan mak saya..kalau nak harapkan saya, mungkin tahun depan baru boleh pakai baju tu..biasalah, im always busy..hehehehe

kos baju nikah saya around rm300 pun tapi of cos lah ini belum masuk kos kasut nikah, tudung nikah, veil nikah dan semua mak nenek yang nak dipakai pada malam yang bersejarah itu...

dan yang paling penting, segala tujuan utama iaitu baju nikah ni nak make sure boleh dipakai di setiap anniversary kahwin selepas ini, insya allah sudah tercapai...persoalan sekarang ni, muatkah aku nak pakai baju ni next year on the 6 june 2014???? kita sama-sama nantikan ekkk..hew3


 
 
baju neh nampak cam besar sikit kan..tapi xpe, longgar lagi baik... menghitung hari neh..44 days...
 
tak neves pong! hehehe
 
 

Wednesday, April 17, 2013

life is in fact a b*tch

people say life is a bitch. karma has its own way to give back whatever u have done..

kalau kita curang dengan pasangan kita. kecurangan lah yang akan kita dapat.
begitulah sebaliknya dengan kesetiaan. kalau kita setia dengan pasangan kita, kesetiaan lah yang akan kita dapat.

Allah dah berjanji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. pasangan kita adalah pantulan diri kita.. kalau kita rasa kita da buat sesuatu yang salah, berterus terang adalah yang terbaik. jika dia sayangkan kita, dia akan memaafkan kita...

kita kena ingat, semua orang buat salah..pasangan kita buat salah..dan satu hari nanti kita akan buat salah. the biggest lesson that i have learnt is jangan sakitkan hati orang yang kita sayang. bila hati dah terluka, macam2 benda boleh berlaku. contohnya, putusnya sebuah ikatan. tak kiralah ikatan couple, tunang malah perkahwinan sekalipun.

hati adalah benda utama yang kita kena jaga. utamakan perasaan orang yang kita sayang. kenalpasti kesukaan pasangan kita then berusahalah untuk membahagiakan pasangan kita.

so guys, adik-adik lelaki sume...the first lesson today is, jangan buat benda yang pasangan kita tak suka. that is the first rule. buat tanpa dia ketahui adalah salah, inikan pulak buat depan-depan. depan-depan means publicly too close with ur friends such as kat fb. i find its very hard to accept pasangan yang rapat dengan kawanyang berlainan gender..

saya kadang-kadang ingat jugak dekat my ex. selama bertahun-tahun dengan dia. its impossible to just throw him out of my life. saya faham kenyataan ini. tunang saya pun ada ex dia sendiri. and i have to accept the fact that ex dia adalah orang yang menjaga dia sebelum saya. i cant just make him stop remembering her.

there's always a reason behind something. kita tak mampu nak halang seseorang dari buat sesuatu yang dia nak buat. kita juga xmampu nak mengawal hidup orang lain. kita cuma boleh berikan kepercayaan kepada pasangan kita and pray for the best. love is like setting a bird free. samaada burung tu nak terus terbang tinggalkan kita ataupun burung tu memilih untuk terus berada bersama tuan nya.

lelaki, takkan berhenti buat sesuatu yang kita tak suka unless he really loves you..tapi, if he really really loves you, he would not do that in the first place. when i look back at my old relationship that does not work out. everything wrong starts when you starts feeling sad in a relationship.

hubungan hancur bila dia mula kurang call saya dan buat saya sedih.
hubungan hancur bila dia mula samakan saya dengan kawan perempuan yang lain
hubungan hancur bila dia mula lupa apa janji yang dia da buat dengan saya.

it usually starts with small things. but we start to grow our love to that certain people then we forgive them and let them hurt us again. usually people hurt us because we hurt them first.. and perhaps the blame is half on me..

promises

i promise that i will never ever let go of my dreams..

never...

Thursday, April 11, 2013

hari ini hari.....(sila isi tempat kosong)

hari ini hari cuti..
hari ini hari lunch bersama tunang.
hari ini hari check up perkembangan renovation soon-to-be-our-home
hari ini hari teman encik tunang bersihkan kolam depan rumah.
hari ini hari makan magnum dalam hujan dengan encik tunang
hari ini hari masak murtabak maggi untuk encik tunang
dan hari ini hari jumpa soon-to-be anak saudara..

comel sangat budak niiii!!! putih melepakkkkk..ringan sangat rasa nak lempar2 jeee...

Wednesday, April 10, 2013

abam katam..

duluuu....masa mula2 kenal..

 
 
sekarang..about 56 days to wedding...



im a happy person. :)

Friday, April 5, 2013

so called friends

too many things that i wanted to say right now..
from where i am today, sometimes i will recall my memories from utp. remembering my friends and my so called "friends"

frankly, im happy to see those i used to be close to are being successfull. they are becoming great people and i cant be happier. and i wish all the best to them.

people that we met in our lives teach us something if not big things.

i maybe did not learnt anything from them but they do teach me one thing. they teach me that every single thing is not like what they seem to be.

i learnt that guys, if not much, will lie to their gf. ( im not saying that girls do not lie to their bf)
and there are people who potrey themselves as a perfect man on the net, yet really miserable in real lives.

i just wish that they will be happy in their lives and they will forgive me for what i have done to them
if i was being evil, heartless or even mean to them. i was so young and stupid and i regret all the bad things that happened.

i hope they will forgive me. i hope they will pray for my happiness. im happy and contented the way i am today. and i wish the same for all my so called "friends".. you know who you are.

and, i love my fiance, whole heartedly. no doubt. salam...

makbulkan keinginannya

Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan orang-orang yang aku sayangi..
bukakanlah pintu rezeki mu seluas-luasnya kepada kami
berilah ketenangan kepada kami..
tunaikanlah segala keinginan kami..
semoga kami mampu menujumu Ya Allah..
Makbulkanlah doa kami..


aku tahu ini keiginan terbesarnya..
kau permudahkanlah ya Allah..
bawalah kami ke sana.
semoga kami mampu menjadi orang-orang yang terpilih..

Wednesday, April 3, 2013

soon-to-be our home

harini...

macam-macam benda jadi harini..

harini tunang saya bawa saya pergi tengok rumah yang bakal kami diami bersama selepas berkahwin.

he showed me our room, heeeeeeee.. :p

then the toilet we going to share..

and the kitchen im going to be in..

ruang tamu, kawasan rumah, the rabbits, the pond in front of the house( ada katak, takut okeh!)

frankly, rasa macam tak percaya, that im going to live in that house this 9 june..

what i felt was just...rasa macam pergi jalan-jalan rumah boy friend.

still rasa macam tak boleh absorb the fact that im going to be a wife soon..

excited sangat okeh.. i really feel like all my wishes have come true.

going to be a house wife.
going to be next to my husband 24-7
going to live my life free from working pressure.
i hope i will be a very supportive wife
i hope i will be a good wife.

im going to marry a 29 years old man
who is a very responsible, my saviour, my problem solver
and the best man i have ever known.

alhamdulillah for all this gifts...

big deal

hari ini dalam sejarah...
sebab saya masak untuk tunang saya.... awwww..so sweet.. hahahaha

okay, saya memang tak pandai masak. jadi, bila saya masak, its really a big deal.
harini saya masaka roti bakar telur manis cheese or lebih dikenali dengan rbtmc. benda alah ni hanya boleh di jumpai di kawasan around utp.

so, today i give it a try so that ajay can taste it. it was constructed (apahal nak guna ayat constructed pulak?) using bread, egg, krimer,cheese. malas nak cakap banyak, sila tengok gambar di bawah..


RBTMC, full with love..to encik tunang.. hope he will love it..

btw, i cook for u encik tunang. you must be very special for me. i hope u know that..