Monday, July 22, 2013

the hardest battle to win

salam to all..

husband went to the gym and im waiting at home for him to come back. kerang rebus dan murtabak dah bersedia menyambut kepulangan suami..heheheh

harini berbuka puasa di rumah saya..best sangat sebab boleh makan mak masak ikan siakap stim dan ikan siakap sweet sour.

a few days ago, i went to kl as i always does with my husband. the main reason was to buy barang2 untuk kedai die and saya selalu sangat ambik peluang ini untuk shopping..hehehe

tapi last week, i was on a hunt for a good tudung or two.. to make the story short, that was the first time i bought a size L tudung.. alhamdulillah. a bit of me kinda want it to be that way. after all, perhiasan ni hanyalah untuk suami.. it feels so right to do all these right things.

aku sebenarnya dalam keadaan mencari. mencari jalan yang lurus untuk aku ikut. mencuba untuk kekal dalam jalan yang lurus. masya Allah, susah... susah sebab dalam hati aku ni masih sukakan keduniaan. kadang2 tengok orang pakai tudung main style sibar-sibar je mulalah hati aku ni rasa nak ikut.


bila aku bagitahu suami aku, " bie, yang pakai tudung style sibar je bole?"

suami aku dengan tegas jawab. "yang nak tunjuk apa? pada siapa?"

aku terus terdiam..masya Allah.. masih ada lagi keinginan yang macam tu dalam diri aku. sbab tu aku rasa bersyukur sebab bila aku nak terpesong ada orang tegur. aku tak cakap yang orang pakai tudung sibar2 tu tak baik. bukan maksud aku macam tu.

apa yang aku nak bagitahu sekarang ni adalah kita semua ada perjuangan dalam diri kita sendiri. sebuah peperangan dengan diri kita sendiri. and the hardest battle to win is a battle within ourselves..


camera 360. tu yang flawless semacam je..apa-apa pun, kahwinlah atas dasar agama. bukan semata-mata dasar cinta. cinta selepas kahwin ni cinta dengan limpahan mawaddah dan rahmah dari Allah.. semoga kita semua makin dekat kepada Allah..

Allah berfirman dalam hadis Qudsi

“Jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa, jika ia mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku mendatanginya dalam keadaan berlari.” (Shahih Bukhari no. 6856)

No comments: