Rasa tak percaya pulak sedang me research tentang breast pump.
Niat tulus ikhlas dihatiku ini adalah untuk provide baby seyf with only the best. Which is susu ibu. Kalau boleh taknak tambah formula lansung. Insya allah i can do it.
Tak bermakna aku suri rumah aku xpayah beli breast pump walau hakikatnya memang baby 24jam dgn aku.
Dalam setiap benda yang kita nak buat mestilah research dulu. Zaman internet ni kau gugel jelah apa nak tahu. Limpahan maklumat akan keluar.
My concern pasal BP(breast pump) ini adalah aku takut sakit. Soo definately akan cari yg tak mensakitkan.
And other concern like:
1. aku taknak bazir masa buat manual pumping. Jadinya aku mahu yg elektrik. Sambil pum sambil tengok tv. Sambil main fb. Ig dan macam2 benda lain lagi aku boleh buat.
2. Pump on minimum time. Aku taknak spend 30min utk pump belah kanan then another 30min pulak utk belah kiri. Dah sejam benda tu berangkai dengan aku. Baik 30min utk kiri dan kanan. Jimat masa tahu? Walaupun hakikatnya masa pantang kau sibuk nak buat apa pun kan??? Tapi pikirlah melangkaui zaman pantang tu..
3. Bunyi. Aku baca ramai ibu yg concern tentang bunyi pump ni. Jadinya aku mahu yg senyap kalau boleh zero noise. Kang kalau bunyi orgh orgh time pump tu aku pulam yang sakit hati.
Tu je kot concern aku.. masih mensurvey.. bajet dalam rm500-rm800 include aksesori semua. Marilah belajar cepat2 sebab lepas ni kena belajar pasal pantang pulakkk.. nak kena tempah bidan mengurut pulak. Tempah photog for new born shoot lagi.
Pikir pasal menu solat hajat. Menu bercukur. Pelamin cukur. Baju tema. Sediakan tempat berpantang and segala mak nenek yg perlu.. esok dah 24weeks. Ade algi 16 weeks kalau baby tak decide nak keluar awal.
Kalau die kata 32minggu dah nak keluar.. macamana??? Gile nak settle semua. Tuala baby pon xbeli lagi ni
No comments:
Post a Comment