Monday, October 29, 2018

2cellos

hari ni hari isnin.
aku masih lagi buat itinerary seoul nov 2018.

sepagi ni aku layan instrumental cello kat youtube.
tak sengaja beberapa hari lepas aku terdengar these 2cellos kat youtube.
depa main lagu Game of Thrones pulak tu..
sumpah best.. best untuk aku yang suka string instrument la.
kalau korang nak try dengar cari ni kat youtube..

2CELLOS - LIVE at Arena di Verona 2016 [FULL CONCERT]


aku ni sejenis manusia yang tak suke instrument tiup-tiup macam sexaphone tu.. tengok...eja pun tak reti.. hahahah

aku pun hairan macamana music dari sexaphone tu dianggap romantik. agaknya kalau tibe-tibe laki aku tuju lagu sexaphone kat aku mesti aku kerut kening je. aku memang cannot stand kenny G ke apa lahhhh..

tapi kalau bagi string instrument memang layan sampai tutup mata tangan gerak kiri kanan acah macam aku sendiri yang main pulak...kihkihkih

korang perasan tak kalau musician macam violin or guitar or apa2 yang guna tangan pastu dia main laju-laju mesti nampak macam kena strok??? korang tau tak kenapa??

haaa, jawapan dia adalah sebab tangan tu dah kejung beb.. sebab laju sangat tapi still nk push.. nak habiskan lagu.. tu yang sampai nampak macam almost kena strok.hanya orang yang pernah melaluinya yang akan faham apa aku cakap ni.. hehehehe

helokkkk rupanyaaa.. sebab tu famous. hahahahhaaha..
tapi sorry bukan taste akak dahh bulu-bulu macam ni.
akak korea sekarang.. putih tinggi lean takdak bulu.hahahaha


No comments: