Tuesday, December 28, 2021

DIY Wainscoting

amaran; kalau tak cukup ilmu di dada jangan cuba nak diy wainscoting ya. hahahaha

aku rasa penat gile nak siap dua ruang.

dah siap bahagian bawah nak buat bahagian atas pulak

memang mencabar. ni jelah keje aku laki bini every weekend.

Tuesday, December 21, 2021

Happy news

alhamdulillah.

harini dapat info drpd agent.

loan akan disburst soon.

alhamdulillah..

p/s: reno rumah tak siap lagi ni... diy wainscoting ada 50% lagi tak settle.

Friday, December 10, 2021

Dilema

At time like this..

tak tahu nak kehidupan yang malar..

atau nak cabaran..

Nak switch job tapi tak tahu nk stay in oil and gas or focus office

yang dekat dgn rumah.

sis ada sikit jeles tengok kawan kawan naik offshore pakai coverall.

pakai coverall tu cita cita sis yang tak tercapai tau. hahahha

Tapi kehidupan adalah one way route.

apa yang kita pilih tak boleh pusing kembali.

kalau sis pilih fokus kerjaya lepas belajar mungkin sis tak

jumpa my husband now.

Allah bagi yang terbaik untuk kita kan?

Alhamdulillah. tak dapat pakai coverall pun dapat belajar

bisnes. dapat macam macam Allah bagi.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Monday, December 6, 2021

Selepas 2 tahun 3 bulan

Bulan december menandakan aku dah bekerja selama 2 tahun 3 bulan.

macam tak percaya sekarang aku kerja dengan orang. heheh.


    Sebenarnya aku nak share sikit kenapa akhirnya aku memilih untuk bekerja.

Aku berada dalam circle orang yang kiranya mostly berjaya dan hebat-hebat. Kawan kawan dari zaman UTP dulu semua ada karier hebat dengan gaji masing2 aku rasa almost nak jejak 10k sebulan. or maybe more. 


    Dua tahun lepas masa aku umur 29 tahun semua circle aku ni dah mula menunjukkan lifestyle 

yang solid dan T20. Semua dalam fasa tukar kereta baru, naik pangkat dan satu yang buat aku 

insecure, BELI RUMAH. hahhahahaha. Aku pulak masa tu bisnes tengah down dan beli rumah

takde lansung dalam plan terdekat. 


    Jadi, aku dah mula rasa peer pressure sebab aku tahu aku berada kat mana di masa tu. I was 29

and my biological clock was ticking. i knew yang bila umur dah cecah 30 semakin sukar untuk 

masuk balik ke dalam industry. so to make it short, i decided that i need to be in the industry.

Pendorong aku masa tu, salah satunya adalah AKU NAK BELI RUMAH. hahahaha.


    Fast forward to setahun dan 6 bulan kemudian, loan aku untuk rumah LULUS. alhamdulillah.

Tapi dengan PKP apa semua proses jadi slow dan sangat slow sebenarnya. aku masih menunggu 

pejabat tanah daerah Selangor ni untuk bagi blanket consent. 


    Kadang- kadang rasa macam tak percaya. kami hijrah dari Kelantan ke KL tak sampai dua 

tahun, Allah bagi keinginan kami  jadi realiti. Dan at the same time beberapa lagi impian aku 

hampirrr tercapai tapi nanti dah tercapai baru aku cerita okay.


    Akhir kata, what you want in life might change a few times before you die. Just listen to what

your heart is telling you. Do what you want whenever you want. 


Syurga dunia Amal dan Ajay 💓


Friday, November 19, 2021

Sifat sayang.

Sayang itu memberi..

bukan meminta.

Kalau kita sayangkan seseorang, 

kita akan rasa nak bagi. bagi.

bukan minta. minta.

Thursday, November 18, 2021

Awak milik siapa?

Bila kita berkahwin, wanita itu dimiliki oleh suami.

Tetapi suami itu bukan milik kita. 

Jadi, bila-bila masa dia boleh berkahwin lain.

Apa yang Allah bagi kepada kita, adalah untuk menarik kita kepada Allah.
Allah cemburu kalau kita terlalu sayang pada orang/benda lain.

Adil ni tak perlu tunggu kahwin dua.
Kahwin sorang pun kalau tak adil, berdosa.
Adil tu bukan sama rata.
Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.




Wednesday, November 17, 2021

Kerja rumah bukan tugas isteri?

Kerja rumah seperti basuh baju atau memasak bukanlah tugas isteri.

isteri hanya wajib menunaikan hak suami seperti yang Islam ajar dan salah satu hak suami yang perlu isteri tunaikan adalah kewajipan untuk dengar arahan dari suami.

contoh kalau suami kata " basuh baju. masak nasi" 

maka memasak dan basuh baju tu dah jadi kewajipan si isteri. kalau si isteri tak buat? maka berdosa.

tetapi...

setiap suruhan suami yang bukan hak, suami kena bagi upah kepada isteri.

Islam itu adil dan fitrah.

seorang isteri yang mengenal hakikat isteri mesti akan rasa perasaan ingin berbakti kepada suami.

kerana itu juga dalam syurga perempuan tidak dijanjikan dengan bidadara,

kerana fitrah seorang perempuan adalah berbakti kepada suaminya. 💗



Wednesday, May 26, 2021

Tentang air mata

 Nak bercerita tentang air mata seorang suami.

Tahun 2021, cukup 8tahun kami berkahwin.

Sepanjang pernikahan ini, hanya satu kali amal nampak suami amal menangis. 

Bukan pada hari kelahiran alika.

Bukan pada bila bila waktu yang menyedihkan.

Tetapi pada hari dia tinggalkan amal di KL dan dia kena balik kelantan.

Hari-hari awal amal mula bekerja di KL.

😭😭😭

Sedih bila ingat kembali tetapi itulah pengorbanan kami untuk masa depan yang lebih baik.

Alhamdulillah our LDR for 3months only. 

Praying for our LDR couple to be together soon.

Bila kita mencintai orang yang kita kahwini, berpisah walau sehari cukup melukakan.


Thursday, May 20, 2021

thirty 2

 Been so long since i posted something here.

in 7 days i will turn 32. dah tua dah..

macam baru semalam berumur 17 tahun.

dah separuh kehidupan dijalani..

mungkin ada separuh lagi.. mungkin tak sampai separuh.

semoga Allah makbulkan umur panjang yang berkat dan bermanafaat kepada seluruh ahli keluargaku terutama suami dan anakku.

once jejak umur 30 otak makin ligat berfikir.

banyak benda yang nak dikejar sebelum ni rasa tak penting.

dan banyak juga benda yang rasa macam tak penting sebelum ni menjadi semakin significant dalam kehidupan seorang amalina.

banyak nak diceritakan tetapi taktau nk mula daripada mana.

Semoga Allah makbulkan segala impian dan cita-cita kita.

Till next time.