Bulan december menandakan aku dah bekerja selama 2 tahun 3 bulan.
macam tak percaya sekarang aku kerja dengan orang. heheh.
Sebenarnya aku nak share sikit kenapa akhirnya aku memilih untuk bekerja.
Aku berada dalam circle orang yang kiranya mostly berjaya dan hebat-hebat. Kawan kawan dari zaman UTP dulu semua ada karier hebat dengan gaji masing2 aku rasa almost nak jejak 10k sebulan. or maybe more.
Dua tahun lepas masa aku umur 29 tahun semua circle aku ni dah mula menunjukkan lifestyle
yang solid dan T20. Semua dalam fasa tukar kereta baru, naik pangkat dan satu yang buat aku
insecure, BELI RUMAH. hahhahahaha. Aku pulak masa tu bisnes tengah down dan beli rumah
takde lansung dalam plan terdekat.
Jadi, aku dah mula rasa peer pressure sebab aku tahu aku berada kat mana di masa tu. I was 29
and my biological clock was ticking. i knew yang bila umur dah cecah 30 semakin sukar untuk
masuk balik ke dalam industry. so to make it short, i decided that i need to be in the industry.
Pendorong aku masa tu, salah satunya adalah AKU NAK BELI RUMAH. hahahaha.
Fast forward to setahun dan 6 bulan kemudian, loan aku untuk rumah LULUS. alhamdulillah.
Tapi dengan PKP apa semua proses jadi slow dan sangat slow sebenarnya. aku masih menunggu
pejabat tanah daerah Selangor ni untuk bagi blanket consent.
Kadang- kadang rasa macam tak percaya. kami hijrah dari Kelantan ke KL tak sampai dua
tahun, Allah bagi keinginan kami jadi realiti. Dan at the same time beberapa lagi impian aku
hampirrr tercapai tapi nanti dah tercapai baru aku cerita okay.
Akhir kata, what you want in life might change a few times before you die. Just listen to what
your heart is telling you. Do what you want whenever you want.
Syurga dunia Amal dan Ajay 💓 |
No comments:
Post a Comment