Thursday, September 22, 2022

Interview feelings

i never knew that interviews can be so emotional. it was my first official interview. went to second stage with the CEO. and got rejected. i felt like putus cinta. argh. my husband was saying that maybe the company dont have the budget to pay me. and i dont want to shift workplace for just 10% increase. 20% above to make it worth. the fact that i was rejected makes me feels so heartbroken. i kept on thinking what did i do wrong. and it makes me feel like i want to just stay at where i am. without doing any improvements in my life. huhuhuhu it may take me another 6 months to get over this feeling. i think. heartbroken.mcm putus cinta rasanya. hahahahahah ok lets just be calm. better things are coming. insya Allah. Allah sentiasa mentakdirkan dan memberikan yang terbaik untuk hambaNya.

Friday, May 20, 2022

Officially our home

 alhamdulillah.

syukur pada Allah tuhan sekalian alam dengan rahmat dan kasih sayangnya akhirnya rumah yang kami beli secara offical jadi milik kami harini


will be moving by end of this month. 

everything is chaos.

just want to update kesyukuran ini.

Monday, April 18, 2022

Celebrate Small Wins

harini dapat khabar yang tidak dijangka.

sekolah sekarang ni ada buat kelas DUAL LANGUAGE PROGRAMME

budak budak akan belajar science and maths in English.


My daughter memang faham dan boleh converse in english.

Dia belajar melalui youtube je.

Alika memang tak tengok youtube Malay.


Tapi she cant write in English yet.

Sekolah dia ada buat macam penilaian untuk tentukan murid mana yang dapat masuk kelas ni.

i have been telling myself its okay. its better for her to understand her lesson in malay rather than studying in English tapi tak faham.

harini cikgu dia keluarkan list untuk budak2 yang lepas masuk kelas DLP ni.

Suprisingly terselit nama anakku kat situ.

tak sangka sungguh.

dalam otakku ni alika ni just average student.

dia tak dapat achieve sama dengan aku masa aku sekolah dulu.

but aku tak kisah pun.


Sebab Alika ni anak yang tersangatla baik.

aku sendiri pun tak mampu nk jadi sebaik dia.

bagi aku, anak aku bagus adab dengan ibu bapa, belajar dengan rajin, usaha tanpa jemu. itu pun aku okay dah.

tak perlu strive for excellence pun.

Tapi she exceeds my expectation.

and im so terharu.


yelah, sebenarnya anak-anak kita ni depan kita dia lain.

belakang kita dia lain.

Kita pulak sebagai ibu.

doa seorang ibu ni ibarat doa 40 wali.

jadi janganla kita sia-siakan kelebihan yang Allah beri kepada seorang ibu ni.

Friday, April 1, 2022

One list crossed

alhamdulillah

Segala puji bagi Allah yang mentakdirkan takdir yang baik buatku dan seluruh ahli keluargaku.

satu impian tahun ini Allah beri makbul.

i know what ypu have in mind.

but if you know me, you would know this ia a calculated risk that im taking.

sebenarnya taknak kaler putih sebab kereta lama dah putih.

tetapi putih adalah pilihan Allah untukku.

lalu aku menerima dengan penuh kegembiraan sesuatu yang Allah pilih untukku.


Welcome Peugeot.

Monday, March 28, 2022

Ramadhan 2022

hai korang

Ramadhan hampir tiba.

Tahun kesembilan berpuasa sebagai isteri, insya allah.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk aku bangun masak sahur setiap hari seperti tahun tahun sebleum ni.


cabaran baru tahun ni, ada anak darjah satu nak belajar puasa.

bapaknya seperti biasa kesian kat anak tak cukup tido.

kesian kat anak nanti lapar.


Sorry husband, kita kena start ajar anak puasa dah.

kerana hidup ini memang begitu.

hahaha. orang lelaki ni kalau dengan anak perempuan dia.

kesian semedang. hhahhahaha


alhamdulillah, a lot of things have falls to its place now.


tiada daya upaya,

tak berdaya upaya.

melainkan dengan rahmat dan kasihh sayang Allah.


Sebenarnya ada banyak benda nak cerita tapi nk type tu macam susunan maklumat belum betul dalam otak.

LOLOLOLOLOL


till next time everyone!

Friday, February 11, 2022

Akidah dan Tarekat

Hi February.

Bulan ni i rasa macam sangat penat.

Drained dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Buying a house really creating a hole in your pocket.

Now i understand why people are so happy when they finally able to move in their new home.

I personally cant wait for that day.

As for now, i feel so tired.

with work problems that started to come in.

Tapi semalam i dengar ceramah.


" Kita belajar bahawa Allah itu Maha Berkuasa.

Maka hiduplah seperti Allah Yang Maha Berkuasa.

Jangan hidup seperti kita yang berkuasa."

Friday, January 28, 2022

Bad News

so this week i got 2 bad new

alhamdulillah..

must be Allah is saving us from bigger problems. btw, Happy new year 2022

my impian 2021 ada 2 setengah yang tercapai

1. lost weight (i did but gain back so i consider half achieved. haha)

2. ASBF 50k

3. beli rumah

i always have goals for new year.

so i can always count my blessings

Monday, January 17, 2022

DIY Board and Batten master bedroom

okay misi nak buat board and batten di master bedroom done!

This is way more easier than wainscoting.

tak payah gergaji banyak - banyak.

i beli yang lenght 4feet dengan ketebalan 9mm

so i design around that measurement.

the board cost me less than rm50

first phase settle.

next week kita cat pulak.

agak2 i pilih kaler ape ek?

Friday, January 14, 2022

DIY wainscoting DONE!

finally...

wainscoting siap.

thank you husband. bersusah payah siapkan sama-sama.

hopefully tahan sampai kami tua.

dalam keadaan penat dan taknak buat wainscoting lagi dah.

tetibeeeee master bedroom nak buat board and batten pulak.

husband cakap lawa..

so kita ONNNNNN

Tuesday, December 28, 2021

DIY Wainscoting

amaran; kalau tak cukup ilmu di dada jangan cuba nak diy wainscoting ya. hahahaha

aku rasa penat gile nak siap dua ruang.

dah siap bahagian bawah nak buat bahagian atas pulak

memang mencabar. ni jelah keje aku laki bini every weekend.

Tuesday, December 21, 2021

Happy news

alhamdulillah.

harini dapat info drpd agent.

loan akan disburst soon.

alhamdulillah..

p/s: reno rumah tak siap lagi ni... diy wainscoting ada 50% lagi tak settle.

Friday, December 10, 2021

Dilema

At time like this..

tak tahu nak kehidupan yang malar..

atau nak cabaran..

Nak switch job tapi tak tahu nk stay in oil and gas or focus office

yang dekat dgn rumah.

sis ada sikit jeles tengok kawan kawan naik offshore pakai coverall.

pakai coverall tu cita cita sis yang tak tercapai tau. hahahha

Tapi kehidupan adalah one way route.

apa yang kita pilih tak boleh pusing kembali.

kalau sis pilih fokus kerjaya lepas belajar mungkin sis tak

jumpa my husband now.

Allah bagi yang terbaik untuk kita kan?

Alhamdulillah. tak dapat pakai coverall pun dapat belajar

bisnes. dapat macam macam Allah bagi.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Monday, December 6, 2021

Selepas 2 tahun 3 bulan

Bulan december menandakan aku dah bekerja selama 2 tahun 3 bulan.

macam tak percaya sekarang aku kerja dengan orang. heheh.


    Sebenarnya aku nak share sikit kenapa akhirnya aku memilih untuk bekerja.

Aku berada dalam circle orang yang kiranya mostly berjaya dan hebat-hebat. Kawan kawan dari zaman UTP dulu semua ada karier hebat dengan gaji masing2 aku rasa almost nak jejak 10k sebulan. or maybe more. 


    Dua tahun lepas masa aku umur 29 tahun semua circle aku ni dah mula menunjukkan lifestyle 

yang solid dan T20. Semua dalam fasa tukar kereta baru, naik pangkat dan satu yang buat aku 

insecure, BELI RUMAH. hahhahahaha. Aku pulak masa tu bisnes tengah down dan beli rumah

takde lansung dalam plan terdekat. 


    Jadi, aku dah mula rasa peer pressure sebab aku tahu aku berada kat mana di masa tu. I was 29

and my biological clock was ticking. i knew yang bila umur dah cecah 30 semakin sukar untuk 

masuk balik ke dalam industry. so to make it short, i decided that i need to be in the industry.

Pendorong aku masa tu, salah satunya adalah AKU NAK BELI RUMAH. hahahaha.


    Fast forward to setahun dan 6 bulan kemudian, loan aku untuk rumah LULUS. alhamdulillah.

Tapi dengan PKP apa semua proses jadi slow dan sangat slow sebenarnya. aku masih menunggu 

pejabat tanah daerah Selangor ni untuk bagi blanket consent. 


    Kadang- kadang rasa macam tak percaya. kami hijrah dari Kelantan ke KL tak sampai dua 

tahun, Allah bagi keinginan kami  jadi realiti. Dan at the same time beberapa lagi impian aku 

hampirrr tercapai tapi nanti dah tercapai baru aku cerita okay.


    Akhir kata, what you want in life might change a few times before you die. Just listen to what

your heart is telling you. Do what you want whenever you want. 


Syurga dunia Amal dan Ajay 💓


Friday, November 19, 2021

Sifat sayang.

Sayang itu memberi..

bukan meminta.

Kalau kita sayangkan seseorang, 

kita akan rasa nak bagi. bagi.

bukan minta. minta.

Thursday, November 18, 2021

Awak milik siapa?

Bila kita berkahwin, wanita itu dimiliki oleh suami.

Tetapi suami itu bukan milik kita. 

Jadi, bila-bila masa dia boleh berkahwin lain.

Apa yang Allah bagi kepada kita, adalah untuk menarik kita kepada Allah.
Allah cemburu kalau kita terlalu sayang pada orang/benda lain.

Adil ni tak perlu tunggu kahwin dua.
Kahwin sorang pun kalau tak adil, berdosa.
Adil tu bukan sama rata.
Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.




Wednesday, November 17, 2021

Kerja rumah bukan tugas isteri?

Kerja rumah seperti basuh baju atau memasak bukanlah tugas isteri.

isteri hanya wajib menunaikan hak suami seperti yang Islam ajar dan salah satu hak suami yang perlu isteri tunaikan adalah kewajipan untuk dengar arahan dari suami.

contoh kalau suami kata " basuh baju. masak nasi" 

maka memasak dan basuh baju tu dah jadi kewajipan si isteri. kalau si isteri tak buat? maka berdosa.

tetapi...

setiap suruhan suami yang bukan hak, suami kena bagi upah kepada isteri.

Islam itu adil dan fitrah.

seorang isteri yang mengenal hakikat isteri mesti akan rasa perasaan ingin berbakti kepada suami.

kerana itu juga dalam syurga perempuan tidak dijanjikan dengan bidadara,

kerana fitrah seorang perempuan adalah berbakti kepada suaminya. 💗



Wednesday, May 26, 2021

Tentang air mata

 Nak bercerita tentang air mata seorang suami.

Tahun 2021, cukup 8tahun kami berkahwin.

Sepanjang pernikahan ini, hanya satu kali amal nampak suami amal menangis. 

Bukan pada hari kelahiran alika.

Bukan pada bila bila waktu yang menyedihkan.

Tetapi pada hari dia tinggalkan amal di KL dan dia kena balik kelantan.

Hari-hari awal amal mula bekerja di KL.

😭😭😭

Sedih bila ingat kembali tetapi itulah pengorbanan kami untuk masa depan yang lebih baik.

Alhamdulillah our LDR for 3months only. 

Praying for our LDR couple to be together soon.

Bila kita mencintai orang yang kita kahwini, berpisah walau sehari cukup melukakan.


Thursday, May 20, 2021

thirty 2

 Been so long since i posted something here.

in 7 days i will turn 32. dah tua dah..

macam baru semalam berumur 17 tahun.

dah separuh kehidupan dijalani..

mungkin ada separuh lagi.. mungkin tak sampai separuh.

semoga Allah makbulkan umur panjang yang berkat dan bermanafaat kepada seluruh ahli keluargaku terutama suami dan anakku.

once jejak umur 30 otak makin ligat berfikir.

banyak benda yang nak dikejar sebelum ni rasa tak penting.

dan banyak juga benda yang rasa macam tak penting sebelum ni menjadi semakin significant dalam kehidupan seorang amalina.

banyak nak diceritakan tetapi taktau nk mula daripada mana.

Semoga Allah makbulkan segala impian dan cita-cita kita.

Till next time.



Wednesday, October 14, 2020

you. Being you.

The more i see you.

the more i know i wanted you.

the way you carry your guitar.

the way you play it, i saw from afar.

and when we see each other,

a void between us. making me froze.

i cant show you how i really feel.

i cant say how you make me feel.

i just know that you are special.

even if one day you are not mine.

now, you are. and i value that.

Friday, June 19, 2020

Sweet jarang-jarang takpe kot. 🤣

I asked my husband about his ex gf.
I think i can process that well.
Hehehehe.

I guess im a bit weird in that sense.
My curiosity is over the roof.
😁😁😁



He treats me well.
Tak pernahla sepanjang aku kahwin 7tahun ni sakit hati dengan dia pasal perempuan lain.
Di tahu jaga batas dan jaga perasaan isteri.
Walaupun aku bersikap open dengan dia, tetapi dia always letak aku dulu sebelum perasaan orang lain.

Setiap kali aku down, dia lah yang akan pick me up.
Ayat dia yang aku syahdu sampai harini..
“Amal jangan bimbang. Ajay ada. Ajay akan jaga Amal.”

Seluruh kerisauan aku pasal dunia hilang macamtu je..

Setiap kali aku buat apa2 n nampak stress sikit dia akan terus cakap, sayang, berhentilah keje. Bie boleh tanggung kita.. aku pulak macam biasa. Keras kepala abadi..

Awak, biar saya capai apa saya nak dulu. Sampai masa awak ajak saya pergi hujung dunia, semua saya akan tinggalkan hanya untuk bersama dengan awak je..

Takde orang baca pun blog ni so biarlan aku nak sweet2 sikit. Hahahahaha.