Wednesday, January 2, 2013

first time kena marah dengan bos ;(

Harini adalah hari pertama kena marah dengan bos. kadang-kadang bila kita kat atas ni, kita lupa yang orang yang bekerja dengan kita tu manusia yang ada perasaan jugak..

kita kena ingat yang bila kita buat salah dengan manusia, salah kita tu takkan diampunkan melainkan kita mintak maaf dengan orang yang kita buat salah tu..

kadang-kadang kita lupa kita hidup ni adalah untuk menyediakan bekal dekat akhirat. kan?


saya faham.. bos must act like bos. tapi apa salahnya cakap elok-elok kan? apa yang kita tuturkan dekat orang akan effect masa depan kita. how?

bila kita marah-marah orang. orang akan mengata benda tak elok pada kita dan setiap percakapan itu adalah doa..jadi bila pape yang buruk berlaku pada kita, kita selalu tertanya-tanya. apalah salah aku sampai nasib aku macam ni..sebab tu kita kena jaga hubungan sesama manusia..kalau dengan bos je, kita cakap elok-elok. patutnye dengan pekerja pun kita cakap elok-elok..marah bila keadaan memang perlu dimarah tu adalah understandable. tapi bile xleh silap sikit da marah tu adelah tak patut.

saya cuma cakap sebagai nasihat. kadang-kadang manusia ni, bila umur die lebih tua, pangkat dia lebih tinggi, dia memang rasa dialah yang paling betul..tak ada salah, tak mengaku salah. tapi harapnya kita jangan macam tu.. kita tak tahu kalau orang yang kita herdik/marah tu mungkin akan jadi orang atasan kita. mungkin one day, dia akan jadi mertua anak kita. mungkin juga orang tu sahaja yang ada untuk bantu kita dalam kesusahan..

its okay..saya anggap ini cabaran bekerja untuk saya. memang tak boleh lari dari dimarahi bos. and after a long time, harini saya kena marah. even tru the fon je, cukup memberi kesan dalam hidup saya. insya allah, saya akan cuba bertahan. cuba berlembut even dimarahi.. sebab thats the right thing to do.


p/s: senyum dan sentiasa positif. perwatakan kita melambangkan hati kita..orang berkasar,kita berlembut. tentulah kita yang lebih baik..insya allah..

1 comment:

Miss Tasantek said...

kena marah memang menyakitkan. tak dinafikan.
dan saya..

mc 4 hari sebab trauma kena marah dengan boss pompuan dah berusia.
marah saja takpe lah kan. malukan dalam meeting, hempas pintu, siap cakap benci kat saya. ouh. trauma saya..