jodoh ni adalah rahsia Allah yang paling indah..
Alhamdulillah, semalam bertarikh 25 januari 2013, saya telah selamat menjadi tunangan kepada mohd fadzil..
semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin..perasaan?? saya rasa macam berada dalam mimpi. bila membeli barang2 untuk hantaran, saya stop kejap and pikir, ni persiapan untuk majlis aku ke? bila saya tengah duduk sorang2 dalam bilik sementara menunggu orang2 tua berbincang, saya terpikir...aku nak tunang da ek..
macam2 benda.. pernah satu kali, semasa saya dan tunang keluar pegi cari barang-barang. i just looked at him and i smiled. masa tu dalam hati terfikir " owh, ni ek bakal tunang aku, bakal suami aku.. ni lah jodoh yang tuhan da tetapkan untuk aku rupanya..24tahun aku mencari pemilik diri aku..inilah orangnya yang akan jaga aku, yang akan aku jaga dengan seluruh tenaga dan sayang dengan sepenuh hati aku."
masa tu, takde satu doubt pun dalam diri aku bahawa aku akan jumpa orang lain yang lagi baik. aku sure dia yang terbaik untuk aku. bagilah sesiapa saja, aku tetap pilih dia..
korang doakanlah yang baik-baik untuk kami ye.. aku habis belajar bulan 9 tahun 2012, aku grad bulan 10 2012, aku kenal fadzil ni bulan 11 2012. dan selepas 2 bulan, aku bertunang dengan dia. kalau diizinkan tuhan, mungkin akan kahwin dalam masa terdekat ni.. paling lambat pun selepas raya tahun ni..
terima kasih untuk semua kawan-kawan yang tak putus-putus wish congrats kat aku.. aku hargai sangat-sangat. bukan senang nak ada orang yang turut berbahagia atas kebahagiaan kita. amal sayang korang sume. :')
2 comments:
congratulations kak amal!
really am happy for you. and really love looking at your smiles :)
thank you very much.. :)
Post a Comment