Sunday, June 16, 2019

kapal van der wijck


kisah cinta hayati dan zainuddin terasa begitu dekat,
aku menangis bersamanya..
luka cintanya turut ku rasakan.

ayat-ayat yang menghiris hatiku
dan aku jatuh, masuk ke dalam cerita.

rekaan atau realiti.
terasa nyata dalam mata dan hatiku.

kadang-kadang aku berharap aku juga mampu mencintai sekuat dan sedalam itu.
tapi aku takut aku tak sekuat dia untuk kembali bangkit apabila jatuh kerana cinta.

biarlah aku,
mencintai seadanya,
kerana aku sangat lemah,
tak mampu bangun kali kedua
andai aku tenggelam lagi
dalam cinta.

wahai suami.
semoga Allah bagi kita masa di syurga
agar ketika itu aku mampu mencinta
melebihi apa yang kita ada sekarang..

cinta kan selalu abadi
walau takdir tak pasti
kau kan selalu di hati
cinta matiku..