Tuesday, January 29, 2013

gadis biasa

saya seorang gadis biasa..

saya bayangkan diri saya cuma seorang suri rumah. yang bekerja dengan suami sendiri.
yang selalu support perniagaan suami.
yang boleh bantu menenangkan hati suami bila dia sedih atau gundah.
yang 24jam bersama suami dan menguruskan hidup suami setiap hari.

saya bayangkan saya akan makan tengahari bersama suami setiap hari.
saya yang akan mengejutkan suami setiap pagi dan bersusah payah bersama suami.
saya tak ingin keluar bekerja dan tinggalkan suami.

saya mahu busy bersama suami, di kedai kami..
saya mahu dia sentiasa nampak saya di hadapannya
saya mahu jadi orang pertama yang dengar masalah suami
saya mahu jadi the only kawan rapat perempuan yang suami ada.
saya mahu jadi skandal suami saya
saya mahu jadi the only one yang panggil nama manja suami saya
saya mahu jadi the only one yang masak untuk suami saya
saya mahu hidup dalam dunia kami berdua sahaja.


tidak mungkin?? mungkin..
exclusive still exist. dulu saya mungkin berkawan rapat dengan lelaki.
sekarang ni, tanpa dipaksa, saya menjauhkan diri sehabis boleh dengan lelaki lain.
sebab saya nak menjaga semua yang termampu, exclusively for fadzil.

dulu, saya biarkan peluang terbuka untuk lelaki lain even saya da ada bf.
tapi sekarang ni, tanpa dipaksa, saya dengan rela hati menjauh dari aktiviti yang melibatkan lelaki lain...magically, tanpa dipaksa.. magik kan??

saya nak sangat kerja dengan suami sendiri, semoga tuhan kabulkan
saya suka sangat kalau dapat suami seorang yang berniaga, semoga tuhan kabulkan
saya nak sangat suami saya jenis yang caring sangat sangat sangat walaupun merimaskan bagi orang lain, semoga tuhan kabulkan

tanyalah sape pun kawan saya, mereka akan cakap, saya da dapat semua yang saya impikan. definisi bahagia bagi setiap manusia itu adalah berbeza. terus terang saya cakap, saya tak kejar wang ringgit. saya rela hidup susah. asal satu je, menyayangi saya dengan sepenuh hati, dengan penuh rasa tanggungjawb dan kasih sayang, sabar dengan kerenah dan perangai saya. mampu membimbing saya dengan cara yang penuh berhikmah.

wang adalah benda yang boleh dicari. rezeki sudah Allah tetapkan. kita cuma perlu cari jalan menuju syurga dan kekal di atas laluan yang benar. insya Allah...

Allah tu Maha Pengampun. itu yang pasti..

diy pelamin

assalamualaikum...

knowing me, you have to realize that i love organizing and crafting..
so as my mom. i guess i got that from her..

during my engagement, everything was done by us. including the pelamin and the hantaran.
kami tak tempah or sewa pelamin.

yang ni 5dulang hantaran dari saya kepada encik tunang..semua saya gubah sendiri tau..terharu tak??? 1. sebentuk cincin perak permata delima
2. sehelai jubah hijau, serban hitam dan kopiah hitam
3. sehelai jubah coklat, kopiah merah dan serban colourful
4. sehelai sejadah dan serangkai tasbih
5. sebiji kek
 
 
hantaran ni semua kecuali kek, dipilih oleh encik tunang sendiri. saya nak belikan die kemeja tapi dia nak jubah.. first time saya tengok dia pakai serban time try kat kedai tu. hati saya terdetik. "semoga tuhan kekalkan kebaikan dia pada masa sekarang dan masa akan datang untuk membimbing aku"
 
fadzil ni orang yang banyak personaliti. kalau jumpa dia di hari biasa, dia cuma akan pakai kemeja and jeans and kasut crocs kesayangan dia tu. macam biasa je. tapi macam tu pun dah buat saya tengok dia dua kali masa first time nampak dia. hehehehe
 
 
lepas da kenal dia, baru tahu yang dia ni adalah orang yang suka sangat music. masa tu saya rasa da ada persamaan saya dan dia. kami sama2 suka musik. fadzil ni main gitar. tapi secara specific tu saya taktau. yang saya tahu dia awsome!!! kat fb dia ade beberapa video time die perform. sangat comel awak tahu???
 
after that saya tahu yang dia ni a member of silat group. yang aktif even sampai sekarang. dan dia jugak suka motor besar. (terus bayangkan naik motor dengan husband!! haha. gedik sangat!) tapi yang buat saya rasa dia adelah pilihan terbaik ialah die constantly setiap minggu pergi majlis agama setiap ahad dan rabu. sanggup xjumpa saya sebab dia cakap dia tanak Allah tarik semua benda sebab lupakan Allah bila da jumpa bahagia. untungnya saya dapat seorang tunang yang baik macam ni T_T
 
 
masa saya pilih dia, saya taktahu apa kereta yang dia bawa, berapa gaji dia sebulan, kat mana dia tinggal. saya pilih dia sebab saya rasa dia lelaki terbaik yang pernah saya kenal. (ini memang gamble habis)
 
 
cukuplah pasal dia.. sekarang tengok gambar pelamin kat bawah ni.. ni hasil kerja mak saya tapi idea asal dari saya. kalau ikut mak saya, die nak warna terang-terang. tak mahu kaler off white macam ni tapi saya bertegas jugak..huhuhuhu..(unsur2 anak degil di situ)
 

all in all, lawa kan?? saya rasa terharu and happy sangat... =')

Saturday, January 26, 2013

Tunangan orang


 assalamualaikum...

jodoh ni adalah rahsia Allah yang paling indah..
Alhamdulillah, semalam bertarikh 25 januari 2013, saya telah selamat menjadi tunangan kepada mohd fadzil..



semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin..perasaan?? saya rasa macam berada dalam mimpi. bila membeli barang2 untuk hantaran, saya stop kejap and pikir, ni persiapan untuk majlis aku ke? bila saya tengah duduk sorang2 dalam bilik sementara menunggu orang2 tua berbincang, saya terpikir...aku nak tunang da ek..

macam2 benda.. pernah satu kali, semasa saya dan tunang keluar pegi cari barang-barang. i just looked at him and i smiled. masa tu dalam hati terfikir " owh, ni ek bakal tunang aku, bakal suami aku.. ni lah jodoh yang tuhan da tetapkan untuk aku rupanya..24tahun aku mencari pemilik diri aku..inilah orangnya yang akan jaga aku, yang akan aku jaga dengan seluruh tenaga dan sayang dengan sepenuh hati aku."

masa tu, takde satu doubt pun dalam diri aku bahawa aku akan jumpa orang lain yang lagi baik. aku sure dia yang terbaik untuk aku. bagilah sesiapa saja, aku tetap pilih dia..


korang doakanlah yang baik-baik untuk kami ye.. aku habis belajar bulan 9 tahun 2012, aku grad bulan 10 2012, aku kenal fadzil ni bulan 11 2012. dan selepas 2 bulan, aku bertunang dengan dia. kalau diizinkan tuhan, mungkin akan kahwin dalam masa terdekat ni.. paling lambat pun selepas raya tahun ni..

terima kasih untuk semua kawan-kawan yang tak putus-putus wish congrats kat aku.. aku hargai sangat-sangat. bukan senang nak ada orang yang turut berbahagia atas kebahagiaan kita. amal sayang korang sume. :')



Tuesday, January 22, 2013

last minute

seksa betul buat persediaan ketika menganggur...

aku da buntu mana nak cekau duit.. banyak nak kena beli ni..aku menganggur dari 12.12 haritu.. ni pun da rasa sesak gileeeee...

xtaula kalau aku menganggur lama.. tapi aku harap gaji aku nanti gaji yang berkat..semoga mencukupi bagi aku dan mampu tolong mak dan ayah aku...

btw, kalau camni caranya.hantaran mmg kena beli last minute.. T_T

Friday, January 18, 2013

banyak benda kena buat

i just got back from terengganu. kursus untuk kali kedua.. sejak bekerja ni, waktu lapang sangat terhad. im glad i took my time off after graduation to just relax.. now, my days are full of works. im not whining here. :)

asyik kursus al-ikhsan je..kursus kawen belum buat lagi neh.. hehehehe :p

im trying to be his personal assistant, to wake him up in the morning and tell him what he needs to do on the day and make sure he wakes up to get the job done. im also trying to be his financial manager by proposing what he needs to buy, or to change in order to control the money flow. tapi im just his advisor. segala apa jawapan, keputusan must come from him. every green light ONLY comes from him..saya cuma penasihat kewangan sahaja..

btw, i got to go.. nanti ade maa cuti panjang, xde benda nak buat, saya cite banyak2 ek...

jaga diri sumeeee.....

Tuesday, January 15, 2013

kursus kursus

tomorrow, i will be going to terengganu for 2 days.. demi al-ikhsan...

kali ini kursus dengan country managing officer. i look forward to be inspired again..

setiap hari mengejar masa. setiap hujung minggu kena kerja. masih belum dapat cuti proper..

balik dari terengganu ni masih kena kerja macam biasa..

but, its okay.. setiap yang ditakdirkan pasti akan berlaku walaupun pada waktu ini semuanya nampak impossible..

take care ye sumeorang.. ingat orang yang sayangkan anda. semoga hidup anda semua penuh dengan kasih syg... assalamualaikum

my khilaf dan his response

i was talking to him. more like mengadu tentang apa yang jadi harini kat dia... my life is really stressfull now. working life is very stressfull.

and he cannot be any kinder :) i feel very calm after i talk to him. dia sangat protective. and he fights for me.. thats just sweet.

me: ada orang marah amal..di cakap bla bla bla......(cerita pasal kena marah dengan siapa, camana,)

him: sape nama dia? mana number tefon die? bia saya call die. saya basuh dia sikit. suke2 je nak marah awek saya..

i know he means it. i know he will do that if i give him the phone number. and knowing that makes me feel so happy.. ada orang yang sanggup pertahankan dan protect saya sampai macam tu sekali.. i cannot ask for more. dia sangat tak suka kalau ada orang marah saya, atau saya kena keje penat-penat.. rasa diri ini macam sangat disayangi.. he calls me everynight without fail.. sanggup dengar cerita dan bercerita dengan saya sampai subuh..

cukup, tu je saya nak dari seorang lelaki yang insya Allah bakal jadi suami saya.. bukan wang permata, bukan jugak harta dunia.. cukup sekadar dia ingin jaga saya dengan sebaiknya dan menyokong dan protect saya dari orang yang buat saya sedih..protect saya dari orang yang kata bukan-bukan kat saya.. kutuk saya.. even from his kawan perempuan..

dalam hidup ni kita kena tahu apa yang buat kita happy. dan carilah benda tu sampai kita jumpa. untuk tahu apa yang buat kita happy, kita terpaksa rasa benda yang buat kita sedih. tapi itulah pengajaran dalam hidup ini.. dalam dunia ni, takde benda pun yang perfect. sama macam hubungan saya dengan die. he's not perfect. dia kena selalu ulang alik kb dan kl (read tinggal saya sorang2), dia selalu ada banyak aktiviti sampai kadang-kadang xboleh keluar dengan saya ( read tinggal saya sorang2), dia selalu pergi jamming ( read tak reply msg saya sampai pukul 3,4 pagi) tapi sebab saya saya rasa yakin dengan dia, sebab dia selalu meyakinkan saya, saya boleh faham semua tu. kadang2, saya jumpa dia sejam je.. but he's perfect to me.. ;)

sedih kan? tapi dia selalu nasihat saya..suruh saya sabar.. takpe, nanti da kawen boleh sama-sama 24 jam. sekarang ni saya ade cerfew taw. pukul 12malam da kena ada kat rumah..sebab dia nak jaga apa yang mak ayah saya pikir pasal dia.. sebab dia bimbang nanti mak ayah saya taknak terima dia..dia bagus kan???

saya rasa saya sangat bertuah, sebab dalam hidup saya, saya selalu jumpa lelaki yang baik..yang selalu utamakan saya, yang jaga saya betul2.. yang berbuat baik dengan saya. tapi saya tak pernah sangka saya akan jumpa seorang yang baik macam dia ni.. sampai saya kadang-kadang terfikir saya macam tak layak jadi pasangan dia sebab saya tak baik..

bila dia tahu tentang khilaf saya, awak tahu apa dia cakap? dia cakap dia sayang saya..bukan benci, bukan merajuk.. how can i not fall for him? he is my little piece of heaven..

Moga dilindungi ALLAH sentiasa..Apa yg dia bagi,apa yg dia tarik..Itu haknya!
Moga hati kembali tenang.


Ya ALLAH Baiknya mu ya ALLAH..Kasih syg mu dirasai tidak terkira sehingga Menitiskan air mata,cukup sekadar mngikut perintahnya sahaja..Kenapa pentingkan duniawi lagi jika ALLAH terlalu baik pada hambanya..Carilah Cinta ALLAH sebelum ia pergi jauh dr diri ini. Ia akan permudahkan urusan mu wahai Hamba!
 
 

Sunday, January 13, 2013

my second pair of shoes: puma rio racer

my second pair of shoes.. puma rio racer.. ni kasut for kids.. sbb tu dia sangat comel dan harga die murah... mine is the biggest size which is 5 dan semestinya ada tali kasut..

blog xleh upload gambar... sighhhh

since keje kat al-ikhsan ni, rasa macam minat pulak kasut2 sukan macam ni..

btw, i met his parents already.. dia datang ambik saya kat stesen bas greenwood.. masa tu saya baru bangun tido, terus dia bawak balik rumah dia. saya mcam blur2 agi time tu..rumah dia kat taman sri gombak je..xsampai 5 minit da sampai depan pintu rumah die. doa penenang hati pun xsempat habes baca lagi... perasaan malu tu takyah cite lah kan... rasa tak tahu nk buat apa, or cakap apa..

tapi sampai je saya dengar die cakap kat mak dia. " ma, inilah amal.."
masa tu saya rasa cam, okay this is it! saya dengan perasaan malu terus salam tangan mak dia siap cium tangan lagi.. masuk je dalam rumah, ayah die tengah tunggu siap kat atas sofa..

tapi saya sebenarnya da stalk fb dia dan adik beradik dia, fb ayah die pun saya da stalk sebenarnya. betapa mendalamnya kajian saya buat sebelum g jumpa mak ayah die. hehehehe.. masa ayah dia cite pasal abang-abang dia, bisnes family diorang, sebenarnya saya da tahu sbb pertama, dia selalu bincang ngn saya pasal camneh. kedua, sbb daya da tahu awal2 dari fb..hehehe

overall, everything was okay..saya cakap dengan ramah dan penuh berjaya...rasanyalah kan..hehe.. then saya teman die drive balik Kb from KL. something yg saya janji untuk buat kat dia. akhirnya saya berjaya tunaikan jugak...alhamdulillah..

i think he is the most understanding guy.. dia boleh tolerate dan memahami semua perkara. tapi die sangat tegas. sekali die cakap no, taknak, jangan or tak boleh, it takes more than a smile to make him change his mind. hes perfect.. simply because im in love with him.. ;)

semalam die merajuk tapi at the same time it was soooo comel. tapi adelah beberapa ketika saya rasa cam ade bnda tak kena.

sebelum makan, saya msg die, "makan kenyang-kenyang syg"
die jawab depan-depan saya. " rasa semangat lak nak makan banyak-banyak. rasa cam nak makan ngn pinggan sekali"

hehehehehe.. alololo, comel nyeeeeeee!!!!!

Monday, January 7, 2013

makan banyak..

"Tenang sajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqomah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar kita adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah untuk hidup berteman. Hati gelisah kerana takut si dia terlepas ke tangan orang lain. Minta dengan Allah, Allah akan bagi segala. Cepat atau lambat bukanlah penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah bukan untuk digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah."- quoted

saya sangat suka ayat Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah bukan untuk digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

tomorrow, i will be going to johor. ada training kat sana..lepas training ni ada contract xboleh berhenti keje selama 3 bulan.. penat woooo kejee.... takde masa sangat.. tapi naseb baik jugakla even saya selalu kerje full dari 10 pagi sampai 10 malam, saya boleh rehat straight 3 jam. jadi setiap hari saya ada masa untuk spend kat orang-orang yang penting dalam hidup saya. untuk jumpa dan bercakap..

time keje pun rileks je. boleh stop untuk solat bila-bila masa je. kedai makan kat sebelah je,pastu rakan sekerja semua pompuan. rasa lebih selesa macam tu. the only thing yg buat saya tak berapa happy is that bile sales kedai tak mencapai target. bos telefon marah oooooo.... kesian kat saya tau...

btw, i will be in johor for 4 days jugaklaaa... lama jugak tuuu tinggalkan hati kat kelantan ni... keje xcuti2 lagi neh. tu yang tambah stress tu. tapi biasalah kalau kerja swasta camni. kalau nk rileks, kena kerja kerajaan, which im not looking forward to...or jadi suri rumah which i would love to do that..

and sebenarnya saya sangat rasa secure sebab setiap kali saya mengadu kena marah or penat or tak suka, ada orang yang faham and say things that i wanna hear.. dalam hati rasa sangat bersyukur..sangat sangat sangat.. bila dia cakap bnda yang buat saya rasa lega dan dilindungi.. :')

p/s: ingat saya dalam setiap doa awak yee..saya doakan semua urusan awak berjalan lancar. semoga semua yang dirancangkan dipermudahkan Allah. terima kasih sebab menjaga saya sebaik mungkin. terima kasih sebab duduk jauh-jauh dari saya. terima kasih sebab jadi kawan saya. terima kasih sebab selalu nasihatkan saya dengan penuh berhemah. terima kasih sebab masih jaga batas antara kita. terima kasih sebab awak jadi kuat untuk saya yang lemah. terima kasih..  terharu sangat!

Saturday, January 5, 2013

kena mula belajar marketing..

harini before kedai tutup, my bos called and asked me these questions;

1. harini sale berapa?
2. berapa orang masuk kedai harini?     about 24 people
3. berapa ramai yang membeli?   harini keluarkan 11 invoice je
4. kenapa ramai orang yang tyak beli?
5. apa saya nak buat untuk naikkan sale??

saya jawabla dengan tak berapa yakin. bos saya cakap jawapan saya jawapan lapuk. jawapan sama yang orang lain bagi. he wants different answer from me and i was blur. btw, i talked to him tru the fon. susah tahu? saya student engineering tapi kena aplikasikan marketing dalam kehidupan seharian..

tapi takpe, sebab i take this as a challange. if i can manage to mark up the sale for this oulet, then i will gain his recognition. im still learning. im not going for his recognition but i want to prove myself. i want to be a successful person. a valuable employer. nak jadi outstanding, menyahut cabaran...ececeh, cakap pung pang pung pang..heeeeee

saya sebenarnya sangat bencikan tekanan kerja yang macam ni. tapi biasalah, Allah akan uji kita dengan benda yang kita paling takut. so, saya taknak lari lagi. i want to face this. i wanna be strong. boleh kena marah, boleh usaha lebih lagi untuk capai target saya sendiri.

saya sendiri yang memiih bidang ini untuk masa depan saya, so i have to live with my decision. i dont want to give up. saya nak belajar marketing, management.. ada sebab tuhan beri saya rezeki melalui bidang ini. saya percaya, perancangan Allah lebih besar.

mak saya pesan, kerja kena ikhlas. jangn ada perasaan dengki dengan orang lain. mak saya pesan, kena marah tu biasa. orang yang marah tak simpan dalam hati, malah mungkin dia tak ingat pun. kita yang kena marah je yang selalu simpan dalam hati. hal kerja stop kat tempat kerja je. balik rumah kena layan keluarga, suami, anak-anak elok-elok.. fuh, hebat kan nasihat mak saya???

apa-apa pun, setiap kali mak saya nasihatkan apa-apa, everything sounds so right to me..saya rasa sume yang mak saya cakap make sense.. saya bersyukur masih ada ibu untuk menasihati saya.. Alhamdulillah.. saya nak jadi berjaya supaya mak dan ayah saya boleh bangga dengan saya.. insya Allah.... ;)

Friday, January 4, 2013

ini post jiwang. tak perlu baca. heehe

finally i found a man who is willing to put aside all his girl friends..
finally i found a man who only want me in his life..
finally i find a man who is willing to risk it all and face the world with only me by his side..

i was convinved again, that we can live this world only by the two of us..
so, saya tarik balik what i have said before.. we dont have to treat everybody nicely. we just have to know who is the most important person in our life.

i found a man who resembles me the most..
sbb saya yang sekarang adalah saya yang berbeza. orang yang tidak sensitif. sedangkan dulu saya sangat sensitif dengan semua benda yang terjadi di sekeliling saya. seorang yang sangat kuat jeles.

i finally can be the old me. with the right person.

p/s: bimbang akan membuat dia sedih dengan perangai saya sekarang yang kurang sensitif.. sangat bimbang sebenarnya.. semoga semua elok2 sahaja. do thing right the first time... gambatte ne!!!

Wednesday, January 2, 2013

first time kena marah dengan bos ;(

Harini adalah hari pertama kena marah dengan bos. kadang-kadang bila kita kat atas ni, kita lupa yang orang yang bekerja dengan kita tu manusia yang ada perasaan jugak..

kita kena ingat yang bila kita buat salah dengan manusia, salah kita tu takkan diampunkan melainkan kita mintak maaf dengan orang yang kita buat salah tu..

kadang-kadang kita lupa kita hidup ni adalah untuk menyediakan bekal dekat akhirat. kan?


saya faham.. bos must act like bos. tapi apa salahnya cakap elok-elok kan? apa yang kita tuturkan dekat orang akan effect masa depan kita. how?

bila kita marah-marah orang. orang akan mengata benda tak elok pada kita dan setiap percakapan itu adalah doa..jadi bila pape yang buruk berlaku pada kita, kita selalu tertanya-tanya. apalah salah aku sampai nasib aku macam ni..sebab tu kita kena jaga hubungan sesama manusia..kalau dengan bos je, kita cakap elok-elok. patutnye dengan pekerja pun kita cakap elok-elok..marah bila keadaan memang perlu dimarah tu adalah understandable. tapi bile xleh silap sikit da marah tu adelah tak patut.

saya cuma cakap sebagai nasihat. kadang-kadang manusia ni, bila umur die lebih tua, pangkat dia lebih tinggi, dia memang rasa dialah yang paling betul..tak ada salah, tak mengaku salah. tapi harapnya kita jangan macam tu.. kita tak tahu kalau orang yang kita herdik/marah tu mungkin akan jadi orang atasan kita. mungkin one day, dia akan jadi mertua anak kita. mungkin juga orang tu sahaja yang ada untuk bantu kita dalam kesusahan..

its okay..saya anggap ini cabaran bekerja untuk saya. memang tak boleh lari dari dimarahi bos. and after a long time, harini saya kena marah. even tru the fon je, cukup memberi kesan dalam hidup saya. insya allah, saya akan cuba bertahan. cuba berlembut even dimarahi.. sebab thats the right thing to do.


p/s: senyum dan sentiasa positif. perwatakan kita melambangkan hati kita..orang berkasar,kita berlembut. tentulah kita yang lebih baik..insya allah..

there you go..

kecomelan overload telah berlaku pada malam ini...heeeeee

happy me! thank you mohd fadzil al-qadiry!

p/s: buat penat je taknak bagitau nama dia semalam..since kt fb pun public jugak.. so, there he is! ^_^

Tuesday, January 1, 2013

FB status

kita cuma merancang...Allah yang menentukan..dan kita kena yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.. kena percaya dan bersangka baik dengan Allah.. ok kawan-kawan??

kadang-kadang semua benda da perfect and kita da merancang..nak kawen cepat-cepat ke tunang ke apa ke..tapi tibe-tibe ada benda tak diduga berlaku.. masa tu kita kena yakin dengan Allah.. kena ingat bahawa semua yang terjadi tu atas kehendak Allah..

jodoh tu bila sampai masanya, semua akan dipermudahkan.. 
mungkin terus kahwin..
mungkin tunang dulu..
mungkin tunang kejap..
mungkin tunang lama..

macam kawan-kawan saya sendiri, ade yang plan tunang sekejap tapi tibe-tibe ada benda yang terjadi.. ade benda yang menghalang..semua tu ketentuan tuhan.. saya yang berada jauh dengan kawan-kawan ni mendoakan agar kawa-kawan saya semua cepat-cepat kawen..(sape yg tanak kawen awal kan?)

insya Allah, saya doakan yang terbaik untuk semua kawan-kawan yang saya sayangi.. =)

selamat tahun baru 2013..apa azam anda tahun ini??
saya berazam nak berjaya dalam kerjaya dan juga berazam nak kawen cepat-cepat..
kahwin pun berazam ke??? kih3..

btw, i told him, saya sayang dia harini.. first time cakap saya sayang dia..
how do i feel? ermmmm.. he needs to know what i feel.. and i need to know how he feels..
and yeah, my fb status has changed to in a relationship sbb single gives wrong assumption to certain people..

so, yes... im in a relationship with someone.. alah, sape2 yang ade my fb mesti da boleh agak sape..so, no need to spell his name here..

and yes, u can expect a very un informative, lenghty, post about my feelings later on.. ;p

have a good year ahead everybody.. i expect good news from everyone... =)