Wednesday, November 17, 2021

Kerja rumah bukan tugas isteri?

Kerja rumah seperti basuh baju atau memasak bukanlah tugas isteri.

isteri hanya wajib menunaikan hak suami seperti yang Islam ajar dan salah satu hak suami yang perlu isteri tunaikan adalah kewajipan untuk dengar arahan dari suami.

contoh kalau suami kata " basuh baju. masak nasi" 

maka memasak dan basuh baju tu dah jadi kewajipan si isteri. kalau si isteri tak buat? maka berdosa.

tetapi...

setiap suruhan suami yang bukan hak, suami kena bagi upah kepada isteri.

Islam itu adil dan fitrah.

seorang isteri yang mengenal hakikat isteri mesti akan rasa perasaan ingin berbakti kepada suami.

kerana itu juga dalam syurga perempuan tidak dijanjikan dengan bidadara,

kerana fitrah seorang perempuan adalah berbakti kepada suaminya. 💗



Wednesday, May 26, 2021

Tentang air mata

 Nak bercerita tentang air mata seorang suami.

Tahun 2021, cukup 8tahun kami berkahwin.

Sepanjang pernikahan ini, hanya satu kali amal nampak suami amal menangis. 

Bukan pada hari kelahiran alika.

Bukan pada bila bila waktu yang menyedihkan.

Tetapi pada hari dia tinggalkan amal di KL dan dia kena balik kelantan.

Hari-hari awal amal mula bekerja di KL.

😭😭😭

Sedih bila ingat kembali tetapi itulah pengorbanan kami untuk masa depan yang lebih baik.

Alhamdulillah our LDR for 3months only. 

Praying for our LDR couple to be together soon.

Bila kita mencintai orang yang kita kahwini, berpisah walau sehari cukup melukakan.


Thursday, May 20, 2021

thirty 2

 Been so long since i posted something here.

in 7 days i will turn 32. dah tua dah..

macam baru semalam berumur 17 tahun.

dah separuh kehidupan dijalani..

mungkin ada separuh lagi.. mungkin tak sampai separuh.

semoga Allah makbulkan umur panjang yang berkat dan bermanafaat kepada seluruh ahli keluargaku terutama suami dan anakku.

once jejak umur 30 otak makin ligat berfikir.

banyak benda yang nak dikejar sebelum ni rasa tak penting.

dan banyak juga benda yang rasa macam tak penting sebelum ni menjadi semakin significant dalam kehidupan seorang amalina.

banyak nak diceritakan tetapi taktau nk mula daripada mana.

Semoga Allah makbulkan segala impian dan cita-cita kita.

Till next time.



Wednesday, October 14, 2020

you. Being you.

The more i see you.

the more i know i wanted you.

the way you carry your guitar.

the way you play it, i saw from afar.

and when we see each other,

a void between us. making me froze.

i cant show you how i really feel.

i cant say how you make me feel.

i just know that you are special.

even if one day you are not mine.

now, you are. and i value that.

Friday, June 19, 2020

Sweet jarang-jarang takpe kot. 🤣

I asked my husband about his ex gf.
I think i can process that well.
Hehehehe.

I guess im a bit weird in that sense.
My curiosity is over the roof.
😁😁😁



He treats me well.
Tak pernahla sepanjang aku kahwin 7tahun ni sakit hati dengan dia pasal perempuan lain.
Di tahu jaga batas dan jaga perasaan isteri.
Walaupun aku bersikap open dengan dia, tetapi dia always letak aku dulu sebelum perasaan orang lain.

Setiap kali aku down, dia lah yang akan pick me up.
Ayat dia yang aku syahdu sampai harini..
“Amal jangan bimbang. Ajay ada. Ajay akan jaga Amal.”

Seluruh kerisauan aku pasal dunia hilang macamtu je..

Setiap kali aku buat apa2 n nampak stress sikit dia akan terus cakap, sayang, berhentilah keje. Bie boleh tanggung kita.. aku pulak macam biasa. Keras kepala abadi..

Awak, biar saya capai apa saya nak dulu. Sampai masa awak ajak saya pergi hujung dunia, semua saya akan tinggalkan hanya untuk bersama dengan awak je..

Takde orang baca pun blog ni so biarlan aku nak sweet2 sikit. Hahahahaha.


Thursday, May 28, 2020

Effort


Thank you for making this year a memorable one
♥️♥️♥️

Wednesday, May 27, 2020

31

I finally turn 31years old this year.
Terlupa yang aku dah tua.
Kadang-kadang masih rasa yang diri ini
Baru duapuluhan.
Banyak berbeza.
Daripada aku yang dulu.
Tetapi banyak jugak yang masih
Kekal sebagaimana aku dahulu.

Hidup cuma persinggahan gais.
Aku dah tua.
Nak mati aku takut.
Nak hidup semangat aku bagaikan hilang.
Bertahan demi keluarga.
Aku tak mampu mati
Dengan mengecewakan mereka.


Pernah tak korang rasa. 
Aku sepatutnya jadi orang yang berjaya.
Yang kurus.
Yang kaya.
Yang hebat.
But here i am.
Kecewa dan mengecewakan.

Selamat hari lahir yang ke-31 amalina!