First Eid as a wife and a homemaker

raya pertama as a wife...

beberapa perkara berubah...contohnya, malam raya aku kena iron dua helai baju...hohho..walaupun aku rasa malas, tanggungjawab tu kenalah ada since da berkahwin..

tahun ni jugak mula bagi duit raya..walaupun aku cumalah seorang homemaker/housewife, tapi aku still boleh bagi duit raya sebab aku guna duit husband..hehehehe

walaupun sikit tapi janji ade.. niat sedekah, dan boleh bahagiakan budak2. insya allah tahun depan lebih lagi..kalau first year da bagi rm5 sorang, nanti tahun depan takut tak dapat nak keep the expectations up pulak kan..hohohoho

dan tahun ni berjaya bagi duit raya kat mak walaupun guna duit husband...hohohohoh

tapi, feeling nak raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas.. baju raya pun aku tak beli baru..tapi baju2 lain husband da bagi awal2. punyalah die paksa aku beli baju raya tapi aku ni susah sikit nak beli pape..kalau harga mahal sangat aku taknak sebab aku rasa membazir. punyelah kedekut kannnn..padahal bukan guna duit aku pun...

apa-apa pun aku nak ambik kesempatan ni untuk mohon maaf kat semua orang yang telah aku buat salah..sebab aku ni hanyalah manusia biasa.. banyak menipu, banyak mengumpat.. insaflaaaa....

jadi, inilah gambar suami aku..bukan nak cakap apa lah..awal-awal kahwin dulu tak rasa pulak husband aku ni kacak.. tapi sekarang ni, makin aku tengok makin hensem pulak...hohohhoho  ;)



Comments

Popular posts from this blog

DIY: veil nikah part 1

diy pelamin nikah part1