buat kawan di UTP

berada jarak jauh dengan kawan-kawan buat aku rasa sebak..
24 tahun hidup aku ni, UTP paling aku ingati dalam memori aku ni..
kadang-kadang aku bangun pagi dan teringat jalan yang aku lalui time nak g kelas..aku kan selalu sorang-sorang jadi aku ternampak diri aku berjalan sorang2 kat village 5 menuju ke kereta sebelah court futsal.

aku rindu makan di sabilah dengan kawan-kawan. sembang dan tengok bola macam tak ingat dunia.zaman remaja muda belia.

aku rindu time jogging kat tasik UTP dengan roomate yang paling aku sayang.

aku rindu makanan kat cafe yang dulu aku da muak nak makan.

aku rindu perasaan keluar kereta dan dengar bunyi gamelan dari bilik gamelan.

aku rindu jalan ke ipoh dari utp..

aku rindu jalan ke KTM batu gajah tempat aku ulang alik pukul 3 4 pagi untuk pergi kl.

semua tu memori yang berharga bagi aku
dan
di sini aku jumpa kawan-kawan yang hebat!

aku tak sangka kawan-kawan aku akan datang pada majlis perkahwinan aku sebab jauh..
tapi derang tetap jugak datang.. masa tu hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku sebab dapat tengok muka kawan-kawan pada hari yang bersejarah tu..

aku tahu aku bukan kawan yang baik tapi ikhlas dari hati aku, aku sayang kat kawan-kawan aku..
aku rindu sangat masa belajar. masa semua orang menggila. and i know god gifted me with these wonderful friends..

ada jugak few yang tak dapat datang. tapi aku faham sebab keadaan dan kedudukan yang menyebabkan mereka tak dapat datang..aku pulak da banyak berjanji dengan kawan-kawan nak keluarla apelah..tapi rupanya hidup lepas kawen ni adelah busy. dan jugak sebab kadang-kadang husband tak bagi.

sebenarnya apa aku nak cakap adalah aku rindu dekat kawan-kawan aku semua..

and i just wanna let u guys know, walau kat mana pun korang berada, kuala lumpur ke, jepun ke,kedah ke,sisi suami ke. kat tengah lautan ke. i love you guys sooo much..

mungkin kita semua tak jumpa macam dulu tapi korang tetap ada dalam ingatan dan doa harian aku..



selamat hari raya aidilfitri korang semua..
i miss u guys
and i love each and every one of u

Comments

Popular posts from this blog

DIY: veil nikah part 1

diy pelamin nikah part1