plan ke korea

Okay.harini 27 hb jan 2015.
esok aku ade first appointment utk buat buku pink.
lebih kurang 9 weeks dah my baby..

So lepas settle hal baby. Maknanya aku ade dlm 4 hari lagi utk settle hal melancong ke korea.

Sebab flight 3 feb kol 8 pagi. cek in 2 jam sebelom. Jadi kenalah pegi kl awal sehari. Tapi belum decide lagi nk fly or just drive ke kl. 9 hari nak tinggal kete. Balik pulak kena drive jauh. Xsanggup iollssss...

So harini aku dah terajin nak google2 pasal apa yang perlu aku tau. Since aku xsehat je before this. Tengok tulisan korea je aku jebik cenggitu je.

apa research dan preparation yang aku dah buat:

1. Aku da tempah bilik for first 4 days since sebulan or 2 bulan lepas kot. Tempah bilik di dongdaemun. Sebab dekat dengan dongdaemun market n bandar. Saje aku tempah for the first 4 days je supaya bila sampai ade tempat nak dituju bile sampai. And for the remaining days tu aku kena tengok bajetla berapa. yg ni aku tempah kat kimchee guesthouse. Utk 4 hari 3 malam kw124000. So around plus minus rm105 per night utk dua orang. kalau korang ba kpacking dengan membe2 bolehla ambik bilik yang bunk beds. Tapi aku laki bini xkan nk tido bunk beds. Nanti muncung ajo suamiku itu.hehehehe

2. Makanan.

Awal2 dulu aku plan dengan husband nak bawak duit je. Nnt makanjela pape kat sana. Pastu kedai kena banjir la pulak. nak guna duit buat renovate kedaila ape la. Terpaksala aku jadi bini mithali plan kan pasal makanan. So aku memang aim nak bawak lauk2 je sebab berdasarkan apa yang aku google kat sana senang nak dapat nasik segera. Jadi aku pun plan nk suruh mother in law masak sambal ikan bilis and rendang daging  sebab MIL aku masak sodappp negeri sembilan style...hehehehe..

Tak dilupakan. Aku nk bawak brahim nasik beriyani segera tu. Manalah tahu dah kat sana. Duit pulak kurang. Atleast aku boleh bagi kebahagiaan dari segi makanan kat suamiku..heheheh.

3.outfit.

Since we will be going during harsh winter. Aku dah siap2 beli winter coat for me and husband dari china sejurus lepas book tiket bulan november aritu. Serius memang jimat sebab winter coat aku yang lawa tu hrga rm50 je uolls. Pastu macam2 lagilah aku beli. Long johns for both of us. Bukan yang biasa tu tapi yang siap ada bulu2 bahagian dalam tu. Pastu glove kulit untuk husband. dua pasang kasut winter utk aku. Jacket aku dan suami. Macam2 lagilah. Total around rm500 je uolls

Bersyukur sangat sebab beli dari china sebab aku survey glove di kota bharu ni satu glove winter tu sepasang paling murah aku jumpe rm35. Tu yang buruk gile okay.. so sekarang ni aku hold sume beli kat korea je mana yg xckup. Beli basic2 je kat sini. Kalau tau harga kat sini mcm cissss mahal. Dengan stokin pon aku order dari china.

4. Luggage.

husband aku je beli luggage 20kg. Aku plan nak bawak cabin bag sorang satu and satu beg sederhana. Nak isi baju dan keperluan utk 9 hari untuk 2 orang. Pandai2la bagi muat..hohoho. tapi aku dah ade second thoughts sbb baca kat blog. Die punye rail station banyak tangga. Kesian hubs nak kena ngangkat beg byk2. Jadi mungkin from airport aku ambik bas jelah sampai ke guest house. Sorang kw10000. Around rm30 jugaklah. But i guess berbaloila sebab xpayah sesat bagai kan... dahlah penat dengan flight 6 jam lagi kan.

Tu jelah kot apa yang aku prepare. About tempat2 yang nak dilawat tu aku mintak tolong one of my utp mates yang dah biasa ke korea. Dia yang tolong buat itenary utk weolls. Hehehe. Insya allah semua akan okay. Aku plan nak easy je dgn my husband. Since mengandung ni semua xbole buat. Hancur luluh plan aku nk ice kating la snow boardingla. Amusement parklah. Semua plan kena slashhhhg...zaaasssss...

Tapi mungkin aku akan pergi jugak ice kating i dont careeee!!!! Hahahagah




Comments

Popular posts from this blog

DIY: veil nikah part 1

diy pelamin nikah part1