Tips mula berniaga

Assalamualaikum sahabat online.
Dah lama rasanya Amal tak menulis di blog ni.
Terlampau sibuk sebenarnya.
Amal baru sahaja settle menguruskan pembukaaan cawangan ke 5 kedai tudung SEYF AMALIN dan juga merupakan shoplot pertama kami.

Sebelum ni bukak pushcart je. Jadi perubahan yang Besar dari pushcart ke shoplot buat kami suami isteri tak cukup tidur nak menguruskan semuanya.

Jadi harini amal nak kongsi pasal mcamana nk mulakan perniagaan sebab Amal rasa ramai yang nak berniaga tapi taktahu macam mana.

Ade beberapa tips yang ada boleh ikut. Amal senaraikan beberapa yang boleh membantu, insya allah.

1. Bermula dengan apa yang ada.
- contohnya kalau anda ade rm100 untuk dijadikan modal. Mulakan dengan rm100. Jangan bagi alasan pada diri sendiri. Contoh alasan yang kita biasa bagi kat diri sendiri.
"Aku nak kumpul rm5000 pastu nak start bisnes."

2. Jangan buat pinjaman untuk mulakan bisnes pertama anda.
Kenapa?
sebab bisnes pertama ni untuk kita belajar macamana nak buat sale. Macamana nak uruskan stok. macamana nak arrange masa.. kita perlu bermula kecil. fakta: 95% bisnes akan tutup pada 3tahun pertama. Jadi kita taknak ade beban hutang pinjaman.

3. Berkuli.
- ade penjelasan yang sangat panjang untuk berkuli. Tp secara bahasa mudahnya. Kita kena jadi seperti budak praktikal dalam bidang yang kita ingin cuburi. Kalau rasa nak bisnes tudung. Cuba bekerja dengan kedai tudung dulu. berkuli ni dapat mengajar kita banyak benda dan juga membantu kita mengenalpasti masalah2 yang bakal kita hadapi.

4. Risiko terkawal.
-kenalpasti risiko terkawal yang kita boleh ambik. Setiap bisnes ade risiko dan kita tidak boleh lari dari risiko. Kita cuma boleh meminimakan risiko dan mengurus risiko.
Contoh risiko. duit burn bisnes tutup.
Mengurus risiko. Berapa nilai wang yang anda sanggup burn.?

Okay. Tu je tips amal kali ni.
Jadi kalau berkira2 nak berbisnes. Boleh mula sekarang. Macamana?

1. Asingkan duit yang anda sanggup burn untuk fasa belajar. Jangan lebih dari dua ribu.
2. berkuli dengan orang dalam bidang yang kita minat untuk cuburi.
3. Mulakan secepat mungkin.

Harap dapat membantu. Nanti next time Amal akan share pasal pembahagian modal dan cara urus akaun 101 bagi peniaga yang baru bermula.

feel free to visit my fb page: seyf amalin atau ig:seyfamalin

Comments

Popular posts from this blog

DIY: veil nikah part 1

diy pelamin nikah part1