First time sharing. untuk berkongsi pengalaman amal bawak baby seorang diri menaiki flight dari KB-KL-KB
Kalau rasa nak follow okay..
Kalau rasa macam tak boleh follow pun okay.
Xde yang betul atau salah.
Cuma nak share pengalaman sahaja.
Amal memang tak boleh tinggal stroller. Alika berat 9.5kg. Kalau nak dukung alamatnya patah tangan saya.
Barang-barang yang saya bawa untuk perjalanan KB-KL-KB
1. Baby carrier
-untuk memastikan kedua tangan free untuk pegang boarding pass/beg/stroller/telefon dll
2. Diaper bag/beg susu + handbag
- kita tak tahu kalau dah masuk departure hall. Baby berak dan tibe tibe kena tukar pampers/buat susu takdelah susah2 nak kena bukak beg besar utk ambik barang2 kan. (Kepentingan carrier supaya tangan boleh akses beg dan barang-barang dalam beg dengan mudah.)
-letak dokumen penting bersama duit dalam satu beg kecil jadikan satu beg je sekali barang2 baby.
-air panas dan susu bayi boleh bawak masuk lepas airport security sbb makanan baby/susu baby dibenarkan.
3. Stroller kompak yang senang dilipat dan dibuka. One hand handle. (Kepentingan carrier supaya tangan free utk bukak dan tutup stroller)
- memberi keselesaan ketika baby tidur.
- memudahkan mommy masuk toilet. letak anak dalam stroller. Bawak stroller masuk toilet OKU. (Saya lebih rela anak sekali dalam toilet dari mengharapkan orang asing pegang anak semasa saya masuk toilet.)
4. Carry on bag.
- im a cheapskate. Tak nak ambik luggage so bawak carry on sahaja. Kalau nak senang. Ambik check in luggage. Jadi xpayah bawak carry on. Pegang stroller and bag diaper and handbag sahaja.
Apa yang penting untuk memastikan kelancaran perjalanan
1. Masa
-pastikan sampai awal di airport untuk mengelak kekalutan memandangkan kita bawak baby dan seorang diri.
-saya terus check in di self check in machine memandangkan saya xde check in luggage. Tak perlu tunggu kaunter check in bukak. Sampai airport boleh terus check in.
2. Keperluan dalam flight
-masuk departure hall terus sediakan susu untuk baby sebab dah naik flight nanti tempat sempit. Org ramai. Takde masa dan takde ruang nak buat susu.
-kain untuk lap muntah/peluh bayi.
- letak susu kat tempat yg senang untuk dicapai. Seeloknya diaper bag tu guna bag yang banyak poket/zip. Kain pulak saya selit je kat celah carrier. Time nak guna tarik je celah carrier.
3. Menaiki kapal terbang.
- dengan barang yang banyak dan seorang bayi yang suka menjerit. Saya ade dua choice semasa menaiki pesawat. Supaya tak perlu berebut rebut dengan orang lain dan pramugari boleh fokus tolong saya letak bag kat bahagian atas kabin. Malas nak susah2 angkat beg sambil bawak baby.
A. Naik paling awal
B. naik paling akhir
- stroller tu boleh tolak sampai depan pintu kapal terbang. Sebelum masuk flight. Lipat stroller n tinggal je nnt akan ada orang akan toling simpankan stroller tu. Tapi make sure ambik flight yg tak perlu naik turun tangga ya. Kalau tak naya nk angkut stroller/bag naik tangga dengan baby lagi.
4. Sabar dan dont rush.. take your time untuk settle kan sesuatu perkara. Sebab tu kena datang airport awal.
On da way.
1. Tekanan udara ketika pesawat berlepas dan mendarat akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi.
Jadi. Amal memang pegang botol susu siap2 semasa take off and landing bagi alika minum supaya telinga baby tidak sakit.
pramugari akan ajar cara pakaikan tali pinggang bayi. Jadi jangan bimbang. Need help? Just ask.
2. saya sangat suka carrier sebab ianya senang dipakai dan dibuka. Saya tak suka baby wrap sebab kain wrap panjang dan susah dipakai dalam keadaan sempit begini.
Naik je flight. saya akan buka carrier supaya baby lebih selesa dan dapat bergerak. Bila almoat nk mendarat saya akan pakai balik dalam keadaan duduk. Mudah dan cepat.
Saya guna carrier boba air sebab ianya ringan. Kain yg cepat kering. Nipis. Boleh dilipat menjadi beg bila tidak digunakan dan ia ada satu bahagian sperti poket untuk saya letak ic/boardingpass/handphone.
Story about bits and pieces of my life chasing my dreams, doing whatever i want, anytime i want.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
oh my god. i think i have been planning for osaka for two years now. i cant even think of another place to go if i dont finish osaka soon...
-
this is the fastest diy yang aku pernah buat.. macam biasa, aku ni manusia yang suke benda lain dari yang lain..pada suatu hari yang lama ...
-
so this week i got 2 bad new alhamdulillah.. must be Allah is saving us from bigger problems. btw, Happy new year 2022 my impian 2021 ...
No comments:
Post a Comment