Wednesday, October 10, 2018

Preparation travel to Perth, Autralia Part 2: Arrival and public transport

documents needed:
1. passport (sila pastikan passport anda valid sekurang2nya 6 bulan dari tempoh perjalanan)

2. visa (boleh apply online sahaja. saya menggunakan khidmat mimm travel and tours. harga untuk seorang adalah rm20 tapi masa saya buat visa ni ada promosi hujung tahun. saya cuma perlu bayar rm47.70 untuk 3 orang.)



Image may contain: text
visa untuk ke australia. silalah print visa ni sebab kadang2 kat airport malaysia kaunter check in akan mintak. in my case memang masa check in tu dia mintak. nasib baik dah print out awal2 and letak sekali dengan passport.


masa di airport perth dia tak mintak pun visa ni cuma perlu bagi passport. dia akan cek dalam sistem je dengan no passport kita.


sampai je di airport perth. perkara yang paling mendebarkan adalah nak melepasi pemeriksaan kastam kat sana. australia adalah sebuah negara yang sangat ketat kawalan kastam. makanan xboleh bawak masuk sembarangan ya. daging dan ayam memang tak boleh. so tak payahla bawak brahim rendang ayam ke rendang daging ke..

No automatic alt text available.
contoh pes yang boleh bawak masuk. make sure bawak yang packing kilang macam ni ya. jangan bawak pes yang anda buat sendiri ya. 

makanan yang ada susu macam milo 3in1 memang xboleh. kalau nak bawak sila bawak uncang tea sahaja.

no daging atau ayam ya. sardin takpe. maggi takpe

antara makanan yang saya bawa adalah:
-beras
-maggi kari
-sardin
-kiub tomyam
-pes masak merah
basically barang keluaran maggi memang lepas. bawak pes utk masak je. daging ayam halal ade dijual di sana.

semasa dalam flight anda akan diberi satu borang. dalam borang tu anda declare je yang anda ada bawak makanan dan ubat-ubatan. nanti beg anda akan di check. its okay. biarkan mereka check. kalau makanan tu tak boleh dibawa masuk, paling teruk pun mereka akan ambil dan buang dalam tong sampah.

yang tak boleh adalah anda bawak masuk makanan tapi anda tak declare. lepas tu bila mereka check beg anda, ada pulak makanan. makanya anda mungkin akan dikenakan tindakan undang2. so jangan lupa declare ya. jangan menipu. nanti hati tak tenang. 😁😁😁

lepas je dari pemeriksaan di airport perth tu. benda pertama yang saya buat adalah beli simkad untuk kegunaan di sana. sy beli sim optus yes. $2 sehari untuk 500mb internet setiap hari. cukupla untuk guna google maps dan update fb/instagram. $2 harga sim + 9hari $2. total $20 untuk sim kad australia. ambik untuk seorang je. membazir je beli dua sbb tempat tinggal kan dah pilih yg ada wifi.. so time berjalan tu xdelah husband kita asyik nak online je. 😝😝😝

keluar je daripada airport. kita akan memulakan misi travel with public transport. jangan bimbang sebab sistem mereka sangat efisyen. walaupun kena naik bas. bas mereka tak macam bas kita. takde adegan himpit menghimpit macam rapid KL okay. sebab frequency bas sangat tinggi. kalau terlepas satu bas. dalam masa beberapa minit je bas yang lain akan sampai.



Image may contain: 2 people, including Nur Amalina, people standing, sky and outdoor
Arrival di Perth airport


jadi walaupun pada waktu puncak macam waktu orang balik kerja pun bas tak sesak. kita yang bawak stroller ni pun takde masalah nak kemana2 pada bila2 masa sahaja.

okay. daripada airport untuk ke stesen bas di bandar perth, anda perlu menaiki bas nombor 380. bas 380 ni akan berhenti di stesen Elizabeth Quay. stesen Elizabeth Quay ni sangat dekat dengan beberapa tempat menarik. dari elizabeth quay tu kalau anda nak ke kawasan petempatan. anda perlu ke Perth Busport.

Perth Busport ni macam pusat. dari sini anda perlu ambil bas yang lain pulak untuk ke tempat yang anda nak tuju. masa saya mula2 sampai saya rasa macam bodoh sangat sebab susah nak faham sistem bas mereka ni. tapi jangan bimbang. all you need to do adalah buat muka confius. nanti akan ada officer yang bertugas akan bantu anda. 😊😊😊

officer tu akan tolong cek kita perlu ambik bas nombor berapa. just make sure anda ada alamat tempat yang nak dituju tu. mereka sangat membantu. especially bila nampak kita dengan luggage yg besar. nampak sangat pelancong kan. so officer tu akan terus ask if we need any help. 😊😊😊

TAMBANG BAS

tambang bas pun adalah satu perkara yang sangat memeningkan jugak sebenarnya. tapi tipsnya adalah. masa naik bas tu terus bagitahu tempat yang dituju.. so driver bas tu akan bagitau berapa kita perlu bayar. (btw tiket bas boleh dibeli daripada driver bas.)

No automatic alt text available.
ni contoh tiket bas transperth tu. 

kertas biasa je tapi silalah jaga elok2. kadang2 ada officer randomly akan cek tiket kita masa dalam train/bus. kalau xde tiket kang kena saman pulak.
walaupun bas di airport akan berhenti di elizabeth quay. tapi anda terus je bagi alamat tempat tinggal. contoh tempat saya stay di fitzgerald street.. terus bagitau fitzgerald street. xperlu bagitau nak stop di elizabeth quay. sebab walaupun kita akan tukar beberapa bas tetapi kita masih boleh menggunakan tiket yang sama dalam tempoh 2jam.

selalunya tiket tu berharga $4.60 seorang. dan kalau anda tersalah naik bas pun xperlu bimbang asalkan dalam masa dua jam. tak perlu beli tiket lain. tiket ni juga bileh digunakan untuk naik train dan ferry. asalkan dalam masa dua jam.

sistem pengangkutan awam di perth ni dikendalikan oleh sebuah syarikat yang sama iaitu TRANSPERTH. sebab tu tiket yang sama boleh digunakan untuk semua jenis pengangkutan awam.

pada hari biasa. saya spend $4.60 X 2orang (baby free) = $9.20 sehala.
perjalanan dua hala $18.40 bila darab dengan 3.25 sehari spend plus minus rm60 untuk tiket bas sahaja.

tapi pada weekend sabtu dan ahad ada tiket FAMILY RIDER.
tiket ni hanya berharga $12.40 dan valid untuk sepanjang hari dan untuk semua perjalanan. so tipsnya kalau nak berjalan jauh sikit silalah pilih pada waktu weekend.
hari jumaat FAMILY RIDER only available after 3pm.

kalau anda solo traveller. ada tiket DAY RIDER. juga berharga $12.40 untuk sepanjang hari ke semua destinasi. day rider ni available setiap hari.



Image may contain: MD Fadzil Mahadi, outdoor
kat belakang tu adalah bas transperth. nampak tak takde orang pun dalam tu. sbb bas banyak sangat sampai bas takpenuh.hehehehe

kalau bas free tu selalu penuh jugakla. ramai pelancong yang guna.


FREE ZONE TRANSFER

okay. satu lagi kelebihan melancong ke perth ni adalah perkhidmatan bas dalam bandar perth ada disediakan bas percuma yang dikenali dengan nama CAT bus.
naik bas ni memang free je. dan bas2 ni memang akan pusing bandar perth.

okay. tempat menarik saya share next post ya. panjang sangat nak kumpul kat sini.
kalau tak faham boleh tanya kat komen ya. saya cuba explain..


trip ni saya pergi pada tahun 2016 so maybe ada beberapa benda dah berubah..

No comments: