diy pelamin nikah part1

aku ni memang seorang yang suke ubah2 keputusan. since bertunang sampailah tahap ni, da beberapa kali jugakla tema pelamin nikah aku da bertukar-tukar..nasib baiklah aku buat pelamin aku sendiri jadi suke hati je aku nak tukar bile2 masa pun. pikir sendiri, cari barang sendiri then execute..

tapi akhirnya aku memilih warna pink + purple + cream. rasa macam da berubah benar diriku ini. jadi suke sangat kaler2 pastel.. yang ni da xleh nak tukar sebab bunga aku da beli..

jadi malam ni aku mulakan menggubah untuk pelamin nikah aku ni supaya kerja aku last minute nanti hanyalah susun-susun je..

aku beli 50tangkai time 5 flowers dengan harga rm100. jadin sekuntum bunga harganya 40sen. right?
bile aku mula menggubah aku da gunakan skill jimat aku..dan i end up with lots of leftover flowers. nampaknya, makin banyakla bunga untuk pelamin nikah aku nanti and i loveeeeeeee flower full of dais...hehehehe


cara untuk jimatkan kos bunga ni senang je..
1. korang beli bunga and pasu sendiri then gubahlah sendiri.
2. korang gubah bunga 3/4 je. bahagian belakang yang 1/4 lagi korang biarkan je kosong, bukannya ade orang nak pergi tengok pun..

seyesly, kalau korang planning untuk buat pelamin sendiri, jangan kurangkan bunga.. bunga yang banyak akan buat pelamin korang nampak cantik sangat..

pasal kos pulak, nanti da full review aku akan bagitahu. tapi aku rasa xsampai rm500 pun..considering banyak barang dari bertunang yang aku da reuse..

Comments

Popular posts from this blog

DIY: veil nikah part 1