harini aku rasa down sangat.. tibe2 aku terfikir pasal kerja aku sekarang. aku masih belum mampu untuk balas jasa mak ayah aku dengan proper. yes, gaji aku sekarang sangat mencukupi bagi orang yang tinggal di Kelantan. sudah lepas untuk bayar kereta aku bulan, lepas bagi duit untuk mak ayah aku and untuk aku guna sendiri.
tapi aku tahu, aku sebagai anak sulung, aku sepatutnya perlu mampu untuk buat lebih dari itu. aku sepatutnya mampu untuk bantu adik2 aku, untuk beri kemewahan untuk ibu dan ayah aku. tapi hakikatnya, sekarang ni aku tak mampu dan aku rasa sedih sangat. aku terfikir kenapalah aku dulu tak nak push belajar betul-betul dan score betul2..
tapi aku cepat-cepat sedar yang ni semua adalah ketentuan Allah. Aku ditakdirkan untuk menetap di Kelantan. aku sepatutnya bersyukur sebab aku dekat dengan ibu dan ayah aku. dekat dengan adik-adik aku. setiap hari aku boleh tengok wajah family aku. aku patut bersyukur yang aku dah ada kerja yang mampu untuk menampung perbelanjaan aku di Kelantan ni dan kurangkan sikit beban mak dan ayah aku.
tapi aku tetap sedih. sebab aku nak bagi banyak lagi untuk mak ayah aku.. kalaulah aku mampu...
tapi aku beruntung sebab aku ada seorang tunang yang sangat menjaga aku dan sangat bertanggungjawab. aku telefon dia bila aku nanges..
dia just tanya kenapa and he said, :
"takpe, ajay tahu apa nak buat. amal tunggu ajay balik. nanti kita jumpa."
ayat dia tu sangatlah melegakan hati aku yang tengah sedih ni. aku tak perlu pikir pasal benda ni sorang-sorang. aku ada sumone yang tahu apa yang dia nak buat and plan untuk aku. finally, aku ada orang yang jaga aku sampai begitu sekali...
ya Allah, aku bersyukur sangat sebab aku ada mak dan ayah yang sentiasa support apa yang aku mahu. yang sentiasa menggembirakan hati anaknya ni walaupun anak mereka ni tak sepandai orang lain. dan aku paling bersyukur sebab tuhan kurniakan aku seorang tunang yang menjaga aku sebaik mungkin. aku seorang manusia yang bertuah.. :')
ya Allah, kau sayangilah aku.. kau jagalah hatiku dan diriku daripada melakukan dosa kepada-MU. ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan, kemampuan dan kesempatan untuk aku bahagiakan kedua ibubapaku...
masya Allah, betapa aku seorang hamba yang bertuah..
Story about bits and pieces of my life chasing my dreams, doing whatever i want, anytime i want.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
oh my god. i think i have been planning for osaka for two years now. i cant even think of another place to go if i dont finish osaka soon...
-
this is the fastest diy yang aku pernah buat.. macam biasa, aku ni manusia yang suke benda lain dari yang lain..pada suatu hari yang lama ...
-
so this week i got 2 bad new alhamdulillah.. must be Allah is saving us from bigger problems. btw, Happy new year 2022 my impian 2021 ...
No comments:
Post a Comment