intuition

this week saya kerja di tanah merah. back up supervisor kat sana bercuti sebab adik die nak kawen.

i just got back from kl this morning.. bertolak pukul 2 pagi sampai rumah pukul 8.30 pagi. pukul 1.20 pm da on da road on da way pergi keje..

buat apa pergi kl? saya teman tunang saya pergi ambik barang-barang kedai die sambil mengeratkan hubungan dengan bakal mak mertua sambil shopping barang-barang hantaran. maklumlah, saya baru je bekerja. kerja pun biasa2 je. duit memang tak banyak. jadi, saya plan beli barang hantaran sikit-sikit. bulan ni beli 2, bulan depan beli lagi. kalau nak beli semua 9 dulang hantaran memang akan pokailah jawab die...

btw, tarikh akad nikah, kenduri kawen rumah saya, kenduri rumah fadzil pun da ditetapkan. insya Allah, majlis akan berlansung bulan june ni.. mintak kawan-kawan semua doakan yang terbaik buat kami berdua ye..

hantaran dari saya untuk bakal suami;
1. kasut ( fadzil nak clarks. i dont mind.. untuk bakal suami, saya ikut je)
2. kek ( mak da tempah siap2 dah untuk bulan 6 nanti..musim cuti sekolah kan. semua kena tempahawal)
3. jam tangan ( belum pikir lagi nak beli brand apa tapi kalau boleh nak yang satu set since cincin da tak satu set.. T_T)
4. samsung galaxy s3 ( mak pun sudah bersetuju..saya nak satu ye tunang! ;P)
5. wallet and belt (brand polo je sebab tak mampu nak mahal-mahal. jujur tak macam tu?)
6. perfume ( da beli da.. gucci guilty..me pun gucci guilty jugak.. sukeeee sebab wangi.. ohh, tak sabar nak kawen dan bau suami yang wangi.. hehehehe...)
7. kemeja ( boleh tak fadzil nak beli baju seed je? saya punyalah semangat nak beli yang elok sikit)
8. buah ( sebab nak cukup syarat je bagi lebih 2 hantaran...hahahah)
9. coklat.. ( sebab sama macam number 8)

tema majlis pun sudah dipilih..

rumah saya nanti nak warna kuning silver macam ni...


 
pelamin pulak nak yang macam ni tapi da tau da tak boleee.. harapan kini menjadi layu..huuuu


btw, apa kes dengan shila amzah ngan shananaz tu??? anyway, lelaki memang macam tu.. dia hanya akan rasa sedia bila dia jumpa jodoh dia. masa tu takkan ada doubt. saya selalu tanya fadzil, tak berdebar ke da nak kawen ni. dia jawab tak sangat. rasa da bersedia. sebelum ni dia cakap, dia akan rasa takut, tak ready bila cakap pasal kawen. so, i think if u have a boyfriend and u in a state of "wajib" kawen da. ajaklah boyfriend tu kawen. kalau betul dia tu jodoh awak, dia tanpa banyak alasan, tanpa pikir pasal duit ke apa ke, dia akan jawab yes. pleaseeee.. saya nak kawen ni pun duit bukannya ada. tapi yakin pada Allah. niat yang baik, insya Allah, tuhan akan bantu. jangan cakap saya tak pikir panjang bila buat ayat macam tu.

sebab kalau nak bagi alasan, memang beratus-ratus alasan boleh diberi. the root question kenapa tidak? nak seribu daya bukan? kalau takde duit, cari keje, part time pun takpe. sudahlah, saya malas nak membebel. the main point here today is that lelaki akan dapat rasa siapa jodoh dia. keyakinan dia terhadap jodoh dia tu akan dapat dirasai oleh perempuan tu sendiri. kita semua ade intuition. believe it!

Comments

Popular posts from this blog

DIY: veil nikah part 1

diy pelamin nikah part1