Saya ni tak rasa pon diri saya ni seorang usahawan.
Sebab tu saya jarang nak bercerita pasal bisness saya.
Saya cuma rasa macam saya sedang bekerja di sebuah kedai yang menjual tudung. Dan juga seorang yang buat part time dengan buat pelamin.
Maybe sebab saya ni orang yang terlampau strict dengan diri sendiri.
Setakat ni alhamdulillah saya dan suami ade dua kiosk di kbmall. Dan jugak bisnes pelamin and mekap. Tapi dalam otak ni da pikir macam2.
Bulan 12 ni genap setahun saya dan suami mulakan bisness tudung ni.. jadi saya fikir nak hadiahkan diri sendiri dengan dua lagi kedai.
Supaya genap setahun kami berbisness, kami sudah ada 4 buah kiosk. Saya ni tersangat fail dalam bidang menjual online. Tapi bridal ni saya buat online okay je..
Cuma oleh sebab kurang nya saya dengan marketing dan sale online. Saya lebih fokus pada sale dan marketing kedai2 yang nyata. Saya cuba nak ikut tauladan dari sahabat2 nabi yang hebat berniaga.
Saya mulakan dari nama. Seyf amalin terhasil dari buah fikiran saya. Husband menerima seadanya. Masa mula2 fikirkan branding saya cuma fikir satu patah perkataan yang buat brand tu melekat dalam fikiran orang. Yang penting kena lain dari yang lain.
Jadi terhasillah seyf. Seyf ni sebenarnya adalah the grand way to spell saif. Saif yang bermaksud pedang.lepas tu i read it somewhere yang sahabat nabi berniaga menggunakan nama sendiri. Nama itulah yang menghasilkan kepercayaan pengguna kepada kita.
Plus we are selling our name. Mestilah kita nak bagi yang terbaik untuk jaga nama kita tu. Lantas terhasillah seyf amalin. Ada nama saya supaya terhasilnya keyakinan pembeli pada brand saya.
Dalam.hati ni terfikir nak ada production team sendiri. Tapi saya ni jenis yang suke nak bagi semua kerja pada orang lain. Dulu sebelum kawen semua benda saya nak buat sendiri. Tapi sekarang pemikiran saya dah lain.
Other people's time.
Other people's money.
Lagipon setiap orang ada cara berbeza. Produk berbeza. Husband selalu cakap kita akan berjaya walau xbuat online. Saya susah nak percaya. Tapi saya fikir balik banyak brand yang berjaya yang tidak buat online. Banyak. Dan brand yang first hand dengan customer ni banyak kelebihan die.
Plus saya tak suka busy. Sebab keadaan sekarang pon da menghuru harakan hidup saya.walaupun saya belum ade baby.
Sekarang saya dalam proses untuk mendapatkan sebuah lagi kiosk untuk tudung di KBmall dan dua lagi kiosk untuk baju.
Seyf amalin hijaab
Seyf amalin fashion
Seyf amalin bridal.
Saya nak seyf amalin jadi sebuah brand yang menjadi sebutan ramai.
Seyf amalin bridal saya pon saya da terpaksa tolak sesetengah request sbb saya nk fokus area kota bharu sahaja.
Insya allah bulan 10 ni dengan izin Allah sebuah lagi kiosk tudung akan beroperasi. Dan pada bulan 11 ni kiosk baju pula akan bermula.
Dalan bisness saya. Saya lebih sukakan kiosk. Adijuma adalah role model saya. Saya tahu cost operation sebuah shop lot sebab my husband handle a shop lot.
Mungkin suatu hari nanti.
Cukup 5 kedai di kbmall saya dan suami plan untuk venture out. Kenapa kedai tudung dan baju??
Sebab saya seorang yang suka fikirkan masalah sebelum masalah itu hadir.hahaha.
Jadi saya pelbagaikan market incase market tudung jatuh. Saya masih ade market baju dan bridal. Dan begitulah sebaliknya.
Kalau nak bercerita memang panjang perihal kedai saya. Walaupun nampak kecik alhamdulillah saya mampu tolong mak saya dari segi kewangan. Dan saya tahu kalau saya bekerja makan gaji saya takkan mampu buat begitu.
Saya dan suami. Kami bermula dengan modal rm3500. Hasil duit simpanan+gadaian barang kemas hadiah emak.
Harini stock worth di dua buah kedai plus minus 15k. Stock sahaja. Modal dalam bentuk aset cair dalam 6.5k harga gadaian. Kalau jual lebih lagi.
N simpanan wang kedai dalam 10k. Not bad considering we started out with only 3.5k
Sekarang bole cakap alhamdulillah..saya tak kerja dengan petronas.
Cukup serba serbi. Tak perlu minta duit dengan suami. Kadang2 husband saya bimbang sebab dia takut die berdosa sbb tak bagi duit kat saya. Haha. Lawak pulak bile pikir balik.
Betullah berniaga itu 9/10 rezeki.
Saya percaya.
Story about bits and pieces of my life chasing my dreams, doing whatever i want, anytime i want.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
oh my god. i think i have been planning for osaka for two years now. i cant even think of another place to go if i dont finish osaka soon...
-
this is the fastest diy yang aku pernah buat.. macam biasa, aku ni manusia yang suke benda lain dari yang lain..pada suatu hari yang lama ...
-
so this week i got 2 bad new alhamdulillah.. must be Allah is saving us from bigger problems. btw, Happy new year 2022 my impian 2021 ...
No comments:
Post a Comment